بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
KISAH PEMUDA SOLEH YANG MEMBAKAR JARINYA | Cabaran hidup bagi
anak-anak muda adalah amat getir kerana nafsu sentiasa bergejolak. Ini
adalah sebuah kisah mengenai bagaimana seorang pemuda menundukkan nafsu
syahwatnya yang sedang membara dan caranya adalah begitu unik. Kisahnya
adalah seperti berikut.
Dahulu ada seorang pemuda soleh yang
sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada
segala rupa maksiat dan keburukan, sehingga pada suatu malam terlintas
di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana
terpesona dengan kejelitaannya. Syaitan pun menggoda pemuda tersebut
agar mengambil kesempatan tersebut.
Kebetulan pada ketika itu,
disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk
menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan
pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita
itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri :
''Engkau
mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah,
aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu.
Kiranya engkau wahai diriku mampu menahan panasnya, nescaya aku akan
turutkan kemahuanmu itu.''
Maka pemuda soleh itu pun meletakkan
jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada
kepanasannya, sehingga rasanya hampir-hampir nyawanya akan tercabut
kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Jarinya hampir melecur,
lalu dia berteriak :
''Wahai diriku, tahniahlah engkau! Rupanya
engkau tidak tahan, padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding
api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,
apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda
lebih dasyat dari api dunia ini."
Lalu pemuda soleh itu pun
berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu
hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.
Pengajaran ; Manusia ialah makhluk yang sangat lalai. Mereka sering
kali melupakan azab Neraka yang sedang menunggu mereka. Justeru, Allah
S.W.T. telah mengingatkan manusia kepada api Neraka dengan menjadikan
hidup mereka bergantung dengan api. Mereka tidak dapat hidup tanpa api.
Mereka melihat api setiap hari. Api dunia itu adalah peringatan untuk
api Akhirat yang lebih panas.
Allah SWT berfirman, : سُوۡرَةُ الواقِعَة
71 - أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ
72 - ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَہَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ
73 - نَحۡنُ جَعَلۡنَـٰهَا تَذۡكِرَةً۬ وَمَتَـٰعً۬ا لِّلۡمُقۡوِينَ
Tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? (71)
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya? (72)
Kami jadikan api itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang
lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi
kesenangan kepada orang-orang musafir. (73)
Qatadah dan Mujahid
mentafsirkan kalimah "peringatan" ini dengan berkata, "Maknanya, api
dunia ini sebagai peringatan bagi api Akhirat yang paling besar."
Imam al-Zamakhsyari, dalam Tafsir al-Kasysyaf, mengungkapkan kata-kata
yang sangat indah. Beliau menulis, "Allah menggantungkan sebab-sebab
kehidupan dengan api, dan membuat seluruh manusia memerlukannya, agar
mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Allah SWT."
Oleh sebab itu, mari kita bayangkan suhu panas api Neraka dengan
membandingkannya dengan api yang paling panas di dunia ini. Permukaan
matahari misalnya, memiliki kepanasanan yang kira-kira 6000 darjah
celcius, sementara suhu di pusatnya lebih kurang 15,000,000 darjah
celcius. Setiap batuan atau logam apa pun yang ditempatkan di sini akan
lebur.
Namun api Neraka panasnya 70 kali ganda daripada ini.
Bayangkan kesakitan yang tidak terkira yang akan dirasakan oleh orang
yang berada di dalamnya. Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka,
Allah SWT gantikan dengan kulit yang baru agar mereka terus merasai azab
selama-lamanya.
Bersama-sama kita sebagai hamba pendosa agar memperbanyakkan TAUBAT.
Sumber: Facebook Ustaz Iqbal Zain
MF suka kisah sebegini sebagai tazkirah hati dan kepada anak-anak didik MF yang meningkat remaja... Remaja ini akalnya pendek... Jadi, perkongsian sebegini untuk timbulkan rasa gerun mereka untuk berbuat dosa yang lebih besar... Dan peringatan sebegini juga tazkirah hati kepada orang yang menyampaikan supaya tidak munafik dalam menyampaikan kebaikan.
kene minyak pns skit pun kita dh jerit mcm apa... ni kan pulak api neraka huhuhu
BalasPadamSemoga kita terhindar dari perbuatan maksiat.sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu :cool:
BalasPadam