Ticker

6/recent/ticker-posts

Hai....Malam Ni Kan Malam Jumaat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hai, Malam Ni Kan Malam Jumaat! | Tajuk kontroversi habis... Tapi tu la... Tajuk saja menguji minda manusia... Apa yang difikirkan kita bila tiba malam Jumaat??? MF yakin dan pasti mentaliti kebanyakan orang Melayu kita, Kebanyakan ye, bukan semua... Mesti percaya, bila sebut saja malam Jumaat, mulalah terbayang hal suami isteri, "tidur awal", "dan ayat-ayat suami isteri ke bilik tidur. Hal ini, sampai budak sekolah pun tahu... Bila sebut malam Jumaat je dah mulalah sengih-sengih... Tapi selalu MF cantas pemikiran diorang... Dengan Amalan yang amat digalakkan bila tiba malam Jumaat.

Di antara amalan-amalan malam Jumaat adalah:

Membaca Surah Al-Kahfi


Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat.

Sabda Rasulullah ﷺ: “Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad ﷺ. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Membaca Surah Yassin


Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda ; “Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad ﷺ telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)


Berselawat


Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah ﷺ bersabda: “Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)


Jimak


Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh Islam.

Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad ﷺ mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.

Antara adab-adab berjimak ialah hari yang utama iaitu malam Isnin, malam Khamis dan malam Jumaat, mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak.

Qiyamulail


Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail (solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir serta solat sunat yang lain.

Keutamaan Qiyamullail di dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ; “Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam.” (Riwayat Muttafaqun Alaih)

Antara Amalan lain yang patut diamalkan di malam Jumaat ialah perbanyakkanlah zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakhbir serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT..

Sumber rujukan: shafiqalbu

Hai....Malam Ni Kan Malam Jumaat!

Jadi, jimak tu sebahagian sahaja...  Banyak Lagi Amalan berpahala yang lain dilupakan...  Jadi, jangan fikirkan sangat soal jimak sebab Amalan lain banyak Lagi lebih utama... Apa pun... Selain jimak, bermesra antara suami isteri dengan penuh kasih sayang pun satu Amalan yang patut kita Amalan di malam Jumaat.

Jadi, seimbangkanlah antara Amalan rohani dan amalan batin tu ye... Malam Jumaat bukan untuk berseronok semata-mata... 

Catat Komen

0 Ulasan