بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Fakta Tentang Minum Air dan Kesannya Kepada Badan Kita Yang Patut Kita Tahu!
Fakta ni MF kumpul dari Page Dr.Zubaidi Ahmad… Iaitu seorang doctor yang aktif berkongsi maklumat tentang kesihatan, perubatan dan motivasi secara percuma kepada kita semua.
MF rasa, fakta-fakta ni penting supaya kita tahu, amal dan dapat perbetulkan presepsi kita tentang cara minum air dan kesan minum air.
Jom tambah ilmu.
Apabila kita minum secukupnya (1.5-2.0 sehari), selalu kita rasa cepat mahu ke tandas untuk kencing. Ini disebabkan kita tidak biasa minum air yang secukupnya.
Cuba tahan sehingga benar-benar rasa nak kencing. Jika kita cukup minum air, tak mungkin terjadinya mendakan sehingga menyebabkan batu karang. Malah itulah penawar untuk mengelakkan batu karang dan jangkitan kuman pada pundi kencing.
Pundi kencing kita boleh menyimpan sehingga 500ml air kencing. Cuba latih, dan kita akan dapat memanfaatkan tabiat ini.
Tahan kencing dan jadi batu karang hanya berlaku jika kita tak minum air secukupnya. Bagi mereka yang tak cukup minum, air kencing berbau kuat, sedikit dan berwarna kuning pekat, ditambah menahan kencing, ia boleh menyebabkan mendakan dan pembentukan batu karang. Jadi jika minum air yang cukup, ia tidak menyebabkan batu karang.
Masalah kita bila berdiet, kita makan sedikit. Kemudian lapar semula. Cara yang betul ialah makan sehingga kenyang (bukan kekenyangan), tapi kenyang dengan sayur, buah dan protein.
Minum air 15 atau 30 minit sebelum dan selepas makan.
Bila rasa lapar, terus minum air kosong sebanyaknya. Itu yang dapat membezakan antara betul-betul lapar atau ketagihan gula.
UBAT GOUT - MINUM AIR SEBANYAKNYA Pesakit gout yang minum 5-8 gelas air sehari mencapai pengurangan 43% dalam serangan gout, dan minum lebih daripada lapan gelas air sehari mencapai pengurangan 48% dalam episod serangan gout. Rujuk : Neogi T, et al "Drinking water can reduce the risk of recurrent gout attacks: Abstract 2038" Arthritis Rheum 2009; 60: S762-63.
Minum air semasa, selepas dan sebelum makan tidak digalakkan kerana air yang diminum akan mencairkan enzim. Ini akan mengganggu proses penghadaman.
Air yang sejuk (ais) akan menyebabkan enzim menjadi tidak aktif dan penghadaman bermasalah.
Tujuh puluh lima peratus keluasan permukaan bumi ini dipenuhi dengan air. Tubuh kita juga mempunyai jumlah air yang sama.
Oleh itu air adalah keperluan asas yang utama dalam kehidupan kita. Tanpa air yang cukup, sel-sel dalam tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya dengan sempurna.
Air juga perlu untuk proses detoxifikasi kerana tubuh kita membuang bahan-bahan toksin dengan bantuan air seperti air kencing, najis berak dan berpeluh.
Ramai di antara kita yang kekeringan (dehidrasi) dengan tidak minum cukup air yang cukup. Malah banyak makanan dan minuman terutamanya makanan yang terlalu masin, makanan yang terlalu manis, minuman berkafein, soda (bergas), alkohol mempunyai kesan dehidrasi yang kuat dan menyebabkan tubuh kita kekurangan air.
Minum segelas air, sama ada air kosong atau mencampurkan dengan madu dan cuka buah-buahan sebaik saja bangun tidur. Ia memberikan kesegaran pada sel-sel tubuh selepas fasa berpuasa (fasting) ketika kita tidur 6-8 jam. Sebab itu dinamakan breakfast kerana ubuh kita "berpuasa" semasa tidur.
Banyak minuman, seperti kopi, minuman bergas dan soda, mengandungi kafein. Kafein boleh meningkatkan tekanan darah dalam ginjal dan akhirnya boleh merosakkannya.
Orang dewasa yang sihat boleh minum air berkafein sebanyak 2-4 gelas atau 400 mg caffeine,sehari tanpa ada kesan buruk.
Air adalah ubat untuk demam. Jadi, minum air sebanyaknya ketika demam untuk kelegaan yang lebih cepat.
Dah tahu kan… fakta tentang minum air… Jadi, jom kita betulkan apa yang salah dan biasakan apa yang betul dalam kehidupan kita… Sebenarnya, nak kurus dengan mudah ialah minum air yang cukup… Boleh dikatakan kebanyakan supplemen dan produk kesihatan, kecantikan mesti minta kita minum air yang banyak kan… Jadi, sebenarnya ubat kepada penyakit kita adalah air.. Tak cukup air tu yang bawa banyak penyakit lain.
assalamualaikum maria...info kesihatan yg baik ni...
BalasPadam** Mama Maszull
stuju,,nice share kak
BalasPadamTulah tu MF... kadang semangat ni berkobar kobar ikut masa. Bila tgh semangat tu bukan main lagi minum sampai 2 liter tp kejap ajelah. Susah betul nak istiqomah rupanya
BalasPadamFae selalu pikir kalo minum byk air kerap kencing haha adoii doii.. tu psl fae tak byk minum air at night sebab mls bangun pi tandas.. haha.. walaupun fae tau tak baik utk badan kalo kurang air
BalasPadamx suka minum air masak, tapi demi nak hidup sihat... gigihkan juga minum sebotol. tu pun sebotol ja mampu :'p kalau rasa nak terkucil, x menahan terus ja pi toilet
BalasPadamAssalam , susah jugak nak latih minum air masak, asyik nak terkencing..
BalasPadaminfo kak, terima kasih