بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Adab Tidur
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ فَلْيَأْخُذْ دَاخِلَةَ إِزَارِهِ فَلْيَنْفُضْ بِهَا فِرَاشَهُ وَلْيُسَمِّ اللَّهَ فَإِنَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا خَلَفَهُ بَعْدَهُ عَلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَضْطَجِعَ فَلْيَضْطَجِعْ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ وَلْيَقُلْ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila seseorang hendak berbaring, maka hendaklah ia mengambil alat pembersih untuk membersihkan alas tidurnya dan sebutlah nama Allah, kerana ia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya. Apabila seseorang hendak tidur, maka hendaknya ia tidur dengan mengiring ke kanan dan mengucapkan doa: 'Maha suci Engkau ya Allah, Tuhanku. Dengan nama-Mu aku baringkan tubuhku dan kerana-Mu lah aku bangun dari tidur. Apabila Engkau mematikanku, maka berilah ampunan dan apabila Engkau menghidupkanku, maka peliharalah sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.' (HR Muslim No: 4889) Status: Hadis Sahih
sumber: google images |
Pengajaran:
1. Islam adalah agama yang sempurna dan menyeluruh termasuk perkara yang kecil seperti adab ketika tidur.
2. Rasulullah mengajar cara terbaik ketika seseorang hendak tidur:
a. Membersihkan tempat tidur terlebih dahulu, seperti membersihkan cadar yang digunakan.
b. Menyebut nama Allah paling kurang kalimah Basmallah
c. Berbaring dengan mengiringkan lambung ke sebelah kanan
d. Membaca doa, antara contoh doa:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
Moga Allah menjaga, memelihara sepanjang kita tidur dan mengampunkan dosa kita.
Jom amalkan adab sebelum tidur semoga tidur kita juga beroleh pahala... Mudahkan sebenarnya nak buat pahala... Kita la pilih sendiri nak pahala ke nak dosa.. syurga atau neraka...
Selamat malam...
Assalam kak , maaf lama tak singgah .
BalasPadamalhamdulillah terima kasih atas perkongsian
Setiap apa yg kita lakukan yg ada kebaikkan semuanya adalah ibadah ye MF. Sementelah lagi sunnah Nabi....
BalasPadamMoga Allah memberikan hidayah berterusan kepada kita semua