GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[MOTIVASI] INILAH PUNCA DIA KUAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


 Ujian setiap orang tak sama dan tak kan sama... dan Allah uji setiap dari kita ikut apa yang kita sanggup... kita rasa lemah tapi terus kuat..dari mana kekuatan itu??? 

Ini punca dari mana datangnya kekuatan itu.

SEBENARNYA, KITA KUAT KERANA ALLAH KUATKAN KITA

Kekadang kita rasa KUAT untuk menghadapi sesuatu yang orang lain belum tentu sekuat kita.
Kita terlupa yang beri KEKUATAN itu adalah Allah عز وجل yang Maha Kuat.
Kita terlupa ada kuasa ghaib yang sering kali membahasakan diri-Nya sebagai "Kami" iaitulah Allah عز وجل

Itulah "Kami" yang menguatkan hati ibu Musa dengan iman sehingga beliau tidak jadi meluahkan penyesalan dan kebimbangan beliau pada anaknya yang telah dialirkan ke Sungai Nil malam semalamnya.
وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَىٰ فَارِغًا ۖ إِن كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلَا أَن رَّبَطْنَا عَلَىٰ قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (10)
"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong dari apa jua (melainkan hanya memikirkan Musa); sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah KAMI kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas, 28 : 10)



**
Ada seseorang bangun pagi ini mahu pergi ke tempat kerja, lalu mendapati ada calar pada keretanya yang sering diletakkannya di tepi jalan luar rumahnya. Dia mahu meluahkan kemarahannya, namun entah mengapa tidak jadi akhirnya. Dia berjaya menenangkan dirinya sendiri. 

Sebenarnya, "Kami" itulah yang menguatkan imannya, lalu kuatlah emosinya dan positiflah fikirannya.

***
Ada seseorang perlu memberi ucapan kepada audiens yang besar. 5 tahun lepas, beliau sangat gemuruh dan tidak mampu memegang mikrofon dengan tenang. Kini, beliau sangat yakin dan sememangnya itulah dia yang kelihatan meyakinkan. 

Sebenarnya, "Kami" itulah yang menguatkan imannya sebelum dan semasa memberi ucapan, lalu kuatlah emosinya dan positiflah fikirannya.

****
IMAN DAN KEYAKINAN DIRI SENTIASA BERKADARAN SELARI.

Iman bertambah, keyakinan diri meningkat.

"Kami" itulah yang memberikan ilham menguatkan iman, emosi dan fikiran ibu Musa.
"Kami" itulah yang terus menerus memberi ilham menguatkan emosi dan fikiran mereka yang beriman.

Janganlah kita tidak tahu menghargai apa yang "Kami" kurniakan kepada kita.

Ucapkanlah الحمد لله sentiasa !

***
Kita mungkin mengatakan ibu Musa kuat kerana janji Allah diwahyukan secara khusus kepada beliau.

Kita bersikap "ekslusif" kepada sejarah yang dibentangkan dalam al-Quran.

Kita tersilap.

Betapa banyak janji Allah diwahyukan secara khusus kepada kita melalui Rasulullah dalam

Kitabullah ini.

Sekurang-kurangnya beleklah al-Baqarah, ayat 216 atau al-Nisa, ayat 19.

Atau sekurang-kurangnya kita menghafaz إن مع العسر يسرا tanpa kita sedar mahalnya janji Allah dalam al-Insyirah tersebut.
ولكنَّ أكثر الناس لا يعلمون (al-Qasas, 13)

Sumber: JAKIM

0Ulasan