بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Senang Je Nak Tinggalkan Dosa, TAPI...
.
.
Sebenarnya, nak tinggalkan maksiat dan dosa ni senang je. Serius senang je. 😎 Contohnya?
1. Kalau dah bercouple crush bercinta bagai, senang je nak minta clash. Cakap je la minta clash.
2. Kalau nak berhenti rokok, buang je la rokok yang ada di kocek ke tong sampah.
3. Kalau selalu upload gambar, delete je la yang ada di FB, instagram, twitter, etc.
4. Kalau selalu tengok video lucah, delete je la video yang ada pada laptop atau handphone, atau pasang software block daripada access ke website lucah.
5. Nak tinggalkan lagu, drama atau movie yang ada unsur haram, delete sajalah movie, drama seperti runningman, goblin, descending of sun, exo next door, 2NE1, 7-11, 7 hari mencintaimu, 7 hari lagi nak mati dan lain2 dalam hard disc atau laptop korang.
Sumber: google images |
Dan banyakk lagi maksiat dan dosa yang senang je nak tinggal. Tetapi....
Tetapi isu sekarang, yang susahnya bukan nak tinggalkan, tetapi yang susahnya adalah KESAN maksiat dan dosa tu !😱😱
1. Memang senang nak clash. Tetapi kesannya SUSAH nak hilang. Selalu terbayang2, rasa serba salah, rindu, teringat2, sampai masuk dalam mimpi dan akhirnya tu yang couple semula.
2. Memang senang nak buang rokok. Tetapi sehari lepas tu badan mengigil, demam, tengok orang rokok rasa tak tahan, dan akhirnya merokok semula.
3. Memang senang nak delete. Lepas tu kawan2 akan 'hasut', kutuk, perli atau sindir kita ni kolot, tak up to date, ketinggalan zaman, atau mungkin rasa janggal sebab kawan2 upload tapi kita tak upload. Dan akhirnya upload semula.
4. Memang senang nak delete video lucah dalam smarphone atau laptop, tetapi 2,3 hari selepas tu bila seorang diri, internet pulak laju, akhirnya tangan pun menggatal untuk search semula website lucah dan akhirnya tengok semula.
5. Memang senang nak delete lagu, drama atau movie yang ada unsur haram ni, tapi nanti 2,3 hari lepas tu bila berjalan kat mall, terngiang2 lagu yang dihafal tu. Atau roomate / housemate pasang pula video-video dan drama tu. Atau kawan-kawan ajak tengok wayang. Akhirnya kita pun melayan semula.
.
.
Nampak, senang je nak tinggalkan dosa maksiat, tetapi SUSAH nak tinggalkan KESAN dosa maksiat ni. Ibarat macam kena PENJARA.
Jadi apa kena buat? Serius nak tahu apa korang kena buat?
1. Ingat, Rasulullah pernah sebut,
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ.
"Setiap anak Adam pasti berbuat salah (dosa) dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan (dosa) adalah mereka yang bertaubat.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi
Maksudnya kat sini, kita semua akan buat dosa. Confirm termasuk saya! Tetapi sebaik-baik pendosa dalam kalangan kita adalah yang BERTAUBAT.
Kalau kau bertaubat dan saya tak bertaubat, maksudnya kau lebih baik dan mulia dari saya!
2. Kalau dah taubat, lepas tu buat lagi. Macam mana?
Dalam hadis atas, Rasulullah sebut,
" خَطَّاءٌ "
Dalam kaedah bahasa Arab, "khotoo'un" atau "melakukan dosa" ni adalah Sighah Al Mubalaghah yang maksudnya adalah HYPERACTIVE REPETITION iaitu pengulangan atau kekerapan yang melampau-lampau.
Pening? Rilek... dengan bahasa mudah, hadis ni nak beritahu kita yang,
Akan ulang lagi dan lagi dosa kita buat. Ya, kita memang ada tendency untuk ulang lagi dosa yang sama. Jadi apa kena buat?
Sebab tu Nabi kata, sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat. Dan bukan hanya bertaubat je. Abis tu apa?
Bahkan MENGULANG-ULANG taubat. Ulang lagi dan lagi dan lagi. Sampai bila?
Sampai moga-moga kita mati dalam keadaan bertaubat, bukan tengah buat maksiat dan dosa.
3. Lagi satu, JANGAN BERTANGGUH untuk taubat. Sebab taubat ni hukumnya wajib. Bila dah buat dosa, terus taubat secepat mungkin.
Mulakan dengan istighfar, kemudian sambung dengan tinggalkan dosa tu selama mana yang boleh.
Kalau buat lagi, ulang step yang sama.
Ibnu Qudamah al Maqdisi sebut,
"Para ulama telah ijma’ tentang wajibnya taubat, kerana sesungguhnya dosa-dosa membinasakan manusia dan menjauhkan manusia dari Allah. Maka, wajib segera bertaubat."
Imam Ibnul Qayyim pula sebut, ”Sesungguhnya segera bertaubat kepada Allah dari perbuatan dosa hukumnya adalah wajib dilakukan dengan segera dan TIDAK BOLEH ditangguh.”
Imam An Nawawi pun kata,
"Para ulama telah sepakat, bahawa bertaubat dari seluruh perbuatan maksiat adalah wajib; wajib dilakukan dengan segera dan tidak boleh ditunda, sama ada itu dosa kecil atau dosa besar.”
Kesimpulannya,
Kita ni bukan malaikat pun. Kita manusia biasa, yang selalu buat dosa. Jadi, bertaubatlah kita sungguh-sungguh walaupun susah. Dan walaupun KESAN DOSA tu susah nak tinggal.
Ibarat macam kuali. Nak cuci belakang kuali, senang je. Tapi nak hilangkan kesan kotor belakang kuali, kena sental gila-gila dengan berus dawai.
Penat dan stress, tapi kalau berterusan InsyaAllah bersih. Macam tu juga dosa maksiat kita.
Moga Allah ampunkan kelemahan dan dosa kita. Ameen.
Kalau nak share atau tag kawan2 korang, dipersilakan. Moga manfaat kepada sesiapa yang nak kembali pulang pada Allah. 😊😉
Penulis asal: Shukery Azizan
Sumber: Tarbiah Sentap
Sentap dan terasa dihati... Itulah... Bila buat jahat ni akan meninggalkan satu titik hitam dihati.. Titik ni akan kekal selagi mana kita tak taubat...
Allahu... Berapa banyak dosa kita buat hari ni... Dan sebenarnya dosa harian yang tak terlepas kita buat hari-hari ialah dosa mengumpat dan dosa hati... Allahu...
Sama-sama kita muhasabah diri... Dosa lain-lain belum kira lagi... Kalau kira balik... Agak-agak dapatkah solat 5 waktu tampung dosa kita seharian!!!
Renungkan....
Terima kasih atas peringatan ini Maria...
BalasPadam