بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak. Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan.
![]() |
Sumber: google images |
7 Cara Mencegah Demam dan Selesema Tanpa Ubat
Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah:
1. KUNYIT
Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur.2. MADU
Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik).3. HALIA
Satu inci halia boleh dimasukkan ke makanan atau minuman.4. BAWANG PUTIH
bawang putih dikatakan mempunyai sifat antibiotic. Ia boleh dimasukkan ke dalam masakan. Atau dengan memakan bawang putih yang dibakar.5. SAYURAN HIJAU DAN BERWARNA
Sayur-sayuran hijau dan berwarna sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai antioksida dan antiradang dan membantu meningkatkan daya tahan dalam badan. Ia juga mengandungi banyak vitamin.6. AIR
Banyakkan meminum air mineral. Ia dapat membantu dalam menstabilkan suhu badan dan mengelakkan berlakunya kekurangan air dalam badan. Ia membantu pergerakan darah dalam badan dan meningkatkan sistem daya tahan.7. LEMON
Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengelakkan jangkitan virus. Rendamkan beberapa hirisan lemon dalam botol yang berisi air mineral. Minum sekurang-kurangnya 1 L sehari untuk mendapat jumpa Vit C yang diperlukan.
Jika selsema dan batuk tidak berkurangan dalam masa beberapa hari, ubat antihistamin dapat mengurangkan ketidakselesaan pesakit yang mengalami demam dan selsema.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Ohhh macamni rupanya cara nak cegah demam tak payah guna ubat. selama ni kalau demam makan panadol 2 biji dan berselimut sepanjang hari. Lepastu terus okay haha. lepas ni boleh guna cara ni la.
BalasPadam