Ticker

6/recent/ticker-posts

Deko-Deko Bilik Anak Perempuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Balik rumah terus lipat lengan baju...bantu suami cat dinding rumah... Semangat lain macam tuh... Itu lah yang terjadi ahad lepas...

Kali yang keberapa ntah lerr deko si bilik kakak ni... Bilik yang tak besar mana tapi puas memikirkan nak bagi nampak luas...

Akhirnya suami dapat idea... Dan reka letak serta susunan katil dan almari yang bersesuaian dan menampakkan bilik tu luas...

Alhamdulillah...

Bilik si kakak dicat baru... Menutup cela pada dinding yang kakak dan adik la yang tukang kreatif kat dinding tu...

Guna cat lebih masa mengecat dapur... Jadi kombinasi Pink dan lime green memang naik dan menjadikan ceria, terang dan nampak luas....




Ditambah dengan aksesori bunga suku kata yang MF buat sendiri... Print dan laminate...  Kemudian dihias dengan carpet 3D warna merah... Sebagai pelengkap anak-anak untuk layan tv.

Alhamdulillah... Nampak selesa kakak tidur di situ... Sebelum ni tak nak tidur kat bilik dia... Dah deko baru nak tidur situ.. Ara pun dah join kakak dah...

Alhamdulillah...  Dua-dua dah boleh tidur sendiri... Cukup jam pasang video zikir di tv... Terus tidur sendiri... Alhamdulillah...  Tak payah nak paksa tidur lagi dah buat masa ni....

Main pun dah reti kemas... Alhamdulillah... Tanda anak-anak dah makin dewasa... 😊

Memang seronok layan kehendak anak-anak ni...  Dan lebih seronok bila mereka seronok apa yang kita dah lakukan pada mereka....  

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Kan... Ajar anak2 dari kecil untuk mengemas bilik tidur mereka..

    BalasPadam
  2. seronok la kakak dan adik bilik dah berwajah baru.
    seronok ddk rumah sndiri
    blh cat ikut citarasa.

    sy pon masih cr idea nk deko blik anak skrg. dah pindah rumah kena mula buat balik lah..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^