GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Melukis Bulu Kening Tanpa Mencukurnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hukum Melukis Bulu Kening Tanpa Mencukurnya! | Sejak dua menjak ni mula perasan... trend melukis kening... ada lagi yang tak tahu bahawa hukum mencukur kening tu haram...... 

Tapi rupanya, trend terkini melukis kening tebal tanpa lagi mencukurnya... caranya tutup kening asal dengan foundation ataupun concealer... Lepas tu baru lukis semula dengan pencil khas atau celak... 

Jika mencukur jelas haram... tapi bagaimana pula hukum kalau lukis tanpa cukur??? haram juga ke camne... 

Hukum Melukis Bulu Kening Tanpa Mencukurnya!
Sumber: Google images


Ini penjelasannya...

Hukum melukis kening

Hukum cukur kening adalah haram. Manakala hukum mengubah sesuatu ciptaan Allah pula dapat diadaptasi melalui riwayat ini:

Abdullah bin Mas‘ud berkata:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.

Berdasarkan kepada riwayat di atas, membuat tatu, mencabut bulu-bulu yang terdapat di muka termasuk kening, menjarangkan gigi merupakan yang dilaknat oleh Allah kerana ia adalah mengubah ciptaanNya. Oleh itu, segala bentuk perbuatan mengubah ciptaan Allah adalah haram.

Manakala,

Jabir bin Abdullah r.a. telah berkata:
بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ طَبِيبًا فَقَطَعَ مِنْهُ عِرْقًا ثُمَّ كَوَاهُ عَلَيْهِ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah menghantar seorang doktor kepada Ubay bin Ka‘b lalu doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.

Berdasarkan kepada riwayat ini, perbuatan mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan adalah diharuskan. Keperluan yang terkandung dalam riwayat di atas, ialah bagi menyelamatkan nyawa dan menghilang penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit.

Ulama Islam bersepakat bahawa mengubah ciptaan Allah dengan tanpa sebarang tujuan adalah haram.

Kesimpulannya, untuk merubah sesuatu perkara yang ada pada tubuh badan kita, termasuklah melukis kening tanpa mencukurnya adalah dilarang dalam Islam.

Kita juga dikategorikan sebagai orang yang menyembunyikan kebenaran.

Sebab kalau orang tak kenal kita, dia taktahu kening kita mcm mana. Dia ingat kening kita tebal dan cantik. Sedangkan, sebaliknya. Ini termasuk dalam perbuatan menipu. Kalau nak kahwin tetiba masa kahwin kening tebal.. dah lepas kahwin tengok kening cam lain... Tak ke En.somi rasa tertipu camtu...

Islam melarang penuntunya untuk merubah sesuatu yang semulajadi selagimana perkara tersebut tidak mengaibkannya dan membahayakan dirinya. Wallahu'alam

Selain tu, penjelasan dari pihak JAKIM melalui soal jawab dan persoalan agama... Ini pula jawapannya.

Hukumnya adalah harus selagimana tidak timbul perasaan riyak setelah di lukis pada kening. Malah hukumnya juga haram jika dengan cara melukis di kening tersebut sehingga merubah ciptaan asal llahi. Justeru panel nasihatkan agar anda, carilah jalan/kaedah yang  paling sederhana ketika  melukis di kening.Ini kerana Allah telah memberi jaminan bahawa manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian seperti yang ditegaskan dalam alQuran ,surah al-Tin ayat 4: Yang Bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan oleh Allah/Pencipta dengan sebaik-baik kejadian”   Sekian, Wallahua'lam...

Kesimpulannya:

Bagi hukumnya haram dan jauhkanlah dari mengubah ciptaan Allah... Syukurlah dengan seadanya... Allah buat kita dah cukup lawa dah.. cukup cantik... Bila kita tutup kecantikan semulajadi dan buat semula seolah-olah kita anggap ni tak pandai nak cipta manusia dengan sebaiknya... Kufur nikmat kata orang.

Tapi ada sesetengah orang dilahirkan tanpa kening...jadi hukumnya harus dia lukis kening sebab kalau dia tak lukis orang nampak pelik nanti jadi aib pula bagi dirinya. Sama juga merapikan dengan meletakkan celak agar nampak kemas...tapi tak tutup kening yang asal...cuma sikat dan oleskan dengan celak supaya nampak tersusun kemas...itu dibolehkan dan harus hukumnya...sebab kita tak sembunyikan kening yang asal.

Jadi cukur ke tak cukur ke...haram juga lah hukumnya... Syukurlah Allah buat kita tu elok dah buat apa nak ubah lagi kan... 

9Ulasan

  1. Alhamdulillah jelas..terima kasih Cikgu MF..

    BalasPadam
  2. Sekarang baru tau. Terima kasih untuk info ni.:)

    BalasPadam
  3. baru tau.. syukur lah ngan apa yang ada..

    BalasPadam
  4. Bagaimana pula dengan hujah berkenaan memotong rambut, kuku dan janggut atau misai serta lain2 bulu bagi tujuan kekemasan atau kebersihan? Apakah ia tidak dianggap mengubah kejadian semulajadi?

    Jika memotong atau mengemaskan rambut tidak dianggap melawan kejadian, apakah mengemaskan kening serta lain2 bahagian wajah juga seharusnya dianggap sebagai memenuhi naluri manusia untuk tampil kemas dan bersih?



    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah kening, bulu mata itu semakin hari semakin panjang seperti rambut, kuku, misai dan janggut?

      Padam
  5. Maaf saya nak bertanya, saya lahir kening mcm biasa, tapi masa saya umur 3 tahun saya jatuh tangga dan menyebabkan kening saya kena jahit, dan ada bekas macam scar di kening saya dimana bulu kening saya segaris hilang. Bila da besar saya jadi malu untuk keluar tanpa celak kening. Saya rasa tiada keyakinan dan ramai melihat saya seakan akan saya ni aneh, saya rasa malu sangat. Sejak dari tu saya nak keluar mana saya sentiasa pakai. Kening saya kalau tk lukis orang akan ingat kening tu saya buat sndiri (ala2 gangster punya kening sebab nampak mcm cukur sendiri) saya ada diberitahu oleh beberapa orang rakan bahawa tindakan saya makeup untuk tutup cacat cela saya itu tidak berdosa. Adakah benar begitu? Mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada penjelasan di atas.. jika lukis sebab nak tutup aib.. diharuskan... Yang haram jika sengaja melukis utk kelihatan cantik dan benar2 mengubah ciptaan Allah...

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ