DOKTOR, INJECTION KASI MATI ADA TAKK??

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80an datang ke dalam bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya.

Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti memarahi bapanya yang kelihatan sudah sedikit nyanyuk, namun masih petah berbicara.

Pesakit tua tersebut mengalami masalah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan, mungkin kerana nyanyuk, ubat kencing manis dan darah tinggi beliau sy lihat sudah bercampur aduk.

Timbul rasa kasihan dan simpati, saya pon menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ubat darah tinggi dan kencing manis tepat pada waktunya agar pesakit tidak lagi kepeningan.

Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa risiko lain, saya pon bersetuju utk memberikan suntikan utk menghilangkan pening supaya pesakit dapat pulang dalam keadaan selesa.

sumber: google images

Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menengking bapanya. Bayangkan seorang tua yg sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar2, dan suara yang lemah, pesakit itu berkata, "Doktor, injection kasi mati ada tak?"...Anaknya yang sedari tadi menengking2 kini terdiam. Termasuk saya.

Bagi menenangkan pesakit itu, saya bertanya, "Kenapa pakcik mau itu injection?" Dia menjawab, "Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja"

Allahu.. lihatlah betapa hati dan perasaan orang tua ini sudah begitu remuk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggip hidup.

Saya menenangkan pesakit dan anaknya lagi, " Pakcik, masa you kecik, you sudah jaga you punya anak baik2 sampai besar, sekarang dia sudah besar, dia punya turn la jaga you maa.. Jangan sedih2 ok?"

Beliau tidak menjawab, hanya dengan berlinangan air mata beliau mengangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yg melampaui batas sebentar tadi.

Sampai saat hendak keluar, pesakit tidak henti2 mengucapkan terima kasih, dan anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.

Wahai anak2, berbaktilah kepada kedua ibu bapamu, janganlah pernah jemu melontarkan kata2 yang lembut kepadanya, dan jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.

Kepada mereka yg baru bergelar ibu bapa pula, janganlah pernah melemparkan kata2 kesat terhadap anak anda semasa mereka kecil, mana tau nanti saat anda sudah tua tidak berdaya, mereka pula akan melayan anda dengan kasar hasil perbuatan anda sendiri suatu ketika dahulu.

P/s: Cerita di atas adalah kisah benar dan tiada yg benar melainkan yg benar belaka, peringatan buat kita semua

Sumber: Muhammad Uwais Al Qorni


Sangat terkesan di hati kisah ni... terutama ayat terakhir tu...

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. malam malam buta ade orang potong bawang.. huu~ ape nih kak.. cerita sedih2 nih..

    BalasPadam
  2. Sayunya..bila ayah sendiri minta begitu..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !