GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[VIRAL] MAKSUD SEBENAR NAMA DAMIA! (Updated)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tertiba dapat whatsapp orang tanya pasal nama Damia.. lorr.. tertinggal kereta pi lagi... terus la search apa yang trending sangat ni... 

Terus la keluar berderet kat Facebook pasal nama ni.. 

Rupanya kes pasal menukaran nama Damia... Ada orang nak tukar nama dia di JPN, JPN pun rujuk mufti... itu yang jadi kecoh kejap..

MAKSUD SEBENAR NAMA DAMIA
Sumber: Sinar Harian

GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'. 
Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.
“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya. 
“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya kepada Sinar Harian. 
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp. 
Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah. 
Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah. 
Surat berkenaan kemudiannya tersebar luas di laman sosial sehingga menjadi perbalahan di kalangan netizen. 
Malah ada ibu-bapa yang mempunyai nama anak Damia tidak bersetuju dan menganggap maksud sebenar Damia ialah bijaksana. 
“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.
“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.
Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama. 
“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya. 
“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya. -Sumber: Sinar Harian-

MAKSUD SEBENAR NAMA DAMIA

MF juga rujuk isu ni kepada kak ipar MF selaku pengasas Kumpulan Nama-nama Indah Yang Bermakna.. Memang betul apa yang mufti kata tu.,.. Tapi tu la.. dah lama pun kak ipar MF perjelaskan nama tu kat group dia.. bila timbul isu ni dia terpalit sekali..  

Itulah.. nama kan.. sensitif sungguh orang kita ni.. tapi nama pun bukan 100% mempengaruhi akhlak walaupun orang kata sungguh pun nama tu bila dipanggil jadi doa.. Didikan dan faktor sekeliling itu lebih utama... 

Lagi satu, jangan lagi beli buku nama-nama kat pasaran jika betul nak letak nama dalam bahasa Arab.. rujuklah pakar yang arif tentang nama dan bahasa... dan tak wajib pun letak nama dalam bahasa Arab.. buh je nama kenanga ke melati ke macam orang dulu, takde masalah dah kan... 

Apa pun isu ni... bukannya besar sangat.. sampai nak tukar nama pula... kita doa yang baik-baik sudah la.. walaupun kita tahu maksudnya ada yang tak baik... tak pun biarkan aje nama tu dalam kat pengenalan dan tukar nama panggilan kepada yang lebih baik.. 

Tidak perlu berpening kepala menyukarkan NAMA ANAK dengan nama yang luar biasa, terlalu panjang serta pelik. Cukup meletakkan nama mereka pada makna yang baik atau nama-nama para nabi, ummul mukminan, para solehin dan solehat. Kemudian ber'pening'lah dalam merancang dan bertindak menjadikan mereka SEBAIK nama mereka. Agar kita tidak PENING di kemudian hari. 
Dan TIDAK semua nama yang bunyinya arab akan ada ertinya dalam bahasa melayu, kerana sebahagiannya dicampur secara salah dan tatabahasa juga salah hingga tidak mempunyai erti, justeru, tidak perlu rasa kecewa jika ustaz-ustaz gagal memberi makna bagi nama yang pelik, kerana memang tiada sebarang maksud di sebalik nama sebegitu. -Dr Zaharuddin@telegram channel-
Apa pun, bagi yang nak tahu makna nama dalam bahasa Arab boleh rujuk laman web ni:

Maksud nama sendiri dalam bahasa Arab

http://www.almaany.com/en/dict/ar-en/

sebab kak ipar MF pun banyak rujuk web ni untuk cari maksud nama dalam bahasa arab.

Jadi, bab nama ni, biar rujuk yang pakar... jangan nak ikut trend sangat... dan fikir sedalamnya... bagi ibu bapa nak pilih nama anak ada 9 bulan untuk cari dan buat semakan nama.. jadi, sama-sama fikirkan,.


p/s: entry ini atas pandangan dan pendapat peribadi penulis.. tiada kena mengena dengan sesiapa..


Updated

Nama Damia boleh digunakan cuma tukar sahaja dengan sebutan yang betul dan ejaan arabnya iaitu دامياء / Damia' / Damiyak maknanya baik dan berkat.

Sebutan yang sebenarnya perlu diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain; bahasa Arab, Cina atau Jepun, tidakkah berlainan tafsirannya? Bayangkan pula, mereka yang sama nama pada hakikatnya tapi berbeza ejaan sahaja. Contohnya Muhammad, Mohamed, Mohamad, Mehmech.

Begitu juga ejaan dalam bahasa melayu ada yang dibuang huruf hamzah diakhir kalimah. Contohnya Aulia - Aulia'/Auliyak,
Humaira - Humaira'/Humairak, Zahra - Zahra'/Zahrak, Ulama - Ulama'/Ulamak, Hana - Hana'/Hanak, Damia - Damia'/Damiyak.

Isu nama Damia..
Makna دامية  = Tempat keluar darah
Makna دامياء=kebijaksanaan


Sumber: telegram channel @jaim_melaka

2Ulasan

  1. bubuh je nama-nama kampung macam mak-mak kita bagi..ehhe

    BalasPadam
  2. Mslhnya rujukan yg sahih utk benda2 penting cmbni tkde...yg ada tk dketahui kesahihannya..so di sini lh peranan jbtn agama dlm memimpin msyrkt dgn mnyediakn ruang kpd msyrkt utk rujuk spt masalah nama...tp di mana peranan trsbut?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ