div id='header-inner'>

SIAPA YANG PATUT KITA BELANJA MAKAN DULU?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


SIAPA YANG PATUT KITA BELANJA MAKAN DULU? | Bila dapat gaji atau income kita niat nak belanja orang... tapi sebenarnya ramai yang salah step... nak belanja orang makan pun kena utamakan yang mana patut dulu baru dapat pahala... 

Belanja orang makan dikira sedekah... tapi sedekahlah Mengikut Keutamaan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَدَّقُوا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ أَنْتَ أَبْصَرُ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seseorang berkata ya Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu, " ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk isterimu, " ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk anakmu, " ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah untuk pembantumu, " ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Engkau lebih tahu yang berhak engkau beri." (HR Nasai No: 2488)


SIAPA YANG PATUT KITA BELANJA MAKAN DULU?

Pengajaran:

1.  Rasulullah menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala  sedekah.

2.  Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan mendahului untuk :

a.  Diri sendiri – (menunaikan hak tubuh badan seperti makanan dan pakaian yang wajib). Jika ada lebihan, boleh diberi kepada;

b.  Isteri – (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami sama ada yang wajib mahupun yang sunat). Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

c.  Anak – (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dll), Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

d.  Pembantu. Jika ada lebihan boleh di beri kepada;

e.  Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.

Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Justeru,  utamakan diri sendiri.. tak salah bila dapat gaji kita makan mewah sikit... belanja untuk diri sendiri... ada lebih kita sedekah pula kepada isteri... sedekah ni tak termasuk nafkah wajib... belanja bulanan tu lain..ini lebihan yang lain... paling tidak ajak isteri dan anak-anak makan mewah sikit bila dapat gaji atau dapat bonus... InshaAllah... pasti berganda rezeki Allah akan bagi kepada suami yang sedekah ikut keutamaan ni. 

Ni tak... ada suami tak faham... dia ingat sedekah tu mesti orang miskin je... sebenarnya yang utama sekali keluarga kita... Lepas tu baru saudara dan kerabat kita yang susah...kemudian jiran dan orang lain... 

Sedekahkan ikut keutamaan... dahulu kan yang mana patut didahulukan. 

Catat Komen

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)