GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review Dari Pengalaman!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Empat tahun ceburi dunia blogger secara sambilan dan lebih serius... Permulaan serius tu dengan menjalinkan hubungan dengan rakan blog...

Tahun-tahun seterusnya mula upgrade blog...dan luaskan perkongsian ilmu...

Tahun 2016 ni nampak rentak dunia blog berubah... Atas desakan hidup dan kos hidup meningkat ramai blogger bersaing mencari pendapatan sampingan... Pelbagai cara dan usaha dan antaranya melalui Job review Dari blogger...



Rata-rata rakan blogger MF Alhamdulillah dimurahkan rezeki dapat Job review ni... MF ada yang dapat ada yang offer tapi seperti biasa setiap Job review MF akan tanya pendapat suami.. jika suami izinkan dan ianya berbaloi..baru MF teruskan.

MF buat juga Job review sekali sekala... Tapi tak lah sungguh mencari di sana sini... Review pula MF suka review Dari Pengalaman sendiri.. lebih puas hati..

Contoh kalau produk, kita sendiri dapat produk tu dan ulas dari pengalaman kita... Itu buatkan kita lebih puas dan ikhlas buat review berbanding review yang hanya diberikan info untuk kita tulis...

Review pun agak memilih terutama bab produk kecantikan dan pakaian sebabnya MF tak dapat nak kongsikan gambar MF yang guna... atas sebab-sebab peribadi yang tak dapat dielakkan...

Jadi, review bab makan ke, perkhidmatan itu lebih baik... Kalau produk kesihatan pun yang bersesuaian dan tak keterlaluan...

Apa pun. Yakin dengan rezeki itu dari Allah.. jika ada, adalah... Tak mengharapkan lebih melainkan Allah dah tetapkan rezeki itu cantik dah ikut waktu yang tepat.

Apa pun syukur rezeki anak-anak tak pernah kurang.. itu dah cukup untuk MF... Walaupun tak mewah tapi serba cukup...

Moga lebih lapang rezeki lepas ni... InshaAllah... 

6Ulasan

  1. Semoga rezeki kak Maria dimpahi rahmat dan dimurahkan rezeki.. Saya pun penah dapat job review melalui emel tapi masih ragu2 lagi nak terima ke tak..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... semoga makin murah rezeki MF..

    BalasPadam
  3. yup selalu cuba dulu baru review..kalau ade suh promote je tak pakai pun ada

    BalasPadam
  4. Ada bagusnya kita memilih kan sis. Orang pun puas hati dengan kerja kita.
    Apapun semoga bertambah rezeki sis.

    BalasPadam
  5. min haesyu layahtashi (rizkimah timana wae), hehe. pengalaman yang sangat berharga mendapat job review itu, saya blm berkenalan tuh

    http://www.mediablog4you.web.id/2016/11/tukar-link-yuk.html

    BalasPadam
  6. mudah-mudahan murah rezeki akak...insya Allah

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ