بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Petua Mudah Rawat Selesema Dan Batuk Anak Dengan Lemon! | Dugaan MF masa dalam pantang... diuji dengan ketiga-tiga anak termasuk baby yang dalam hari kena batuk dan selesema...
Si baby tu berjangkit dari kakak dia la.. kesian sangat kan bila baby batuk dan selesema... sebab memang takde ubat...
Si kakak ni pun pergi klinik, makan ubat... tapi tak serasi juga... teringat rawatan yang pernah ada orang buat... iaitu guna lemon...
Terus minta suami belikan lemon... akhirnya bermulalah fasa merawat guna lemon sahaja...
Mandi lemon untuk redakan demam anak
Semua anak-anak MF buat rutin mandikan dengan lemon... si baby tu memula mandikan dah nampak perubahannya... batuk dah kurang... selesema makin pekat... alhamdulillah... dah boleh sedut hingusnya guna penyedut hingus baby tu..
Terapi air lemon
Malamnya pula buat terapi lemon... MF hiris lemon dan letak dalam air... letak bekas tu dekat dengan kepala anak-anak... Sekarang ni dah mudah, boleh guna essential oil, diffuse je kan.
Alhamdulillah... semalam je MF buat nampak perubahan.. jadi si baby MF masih teruskan mandikan dengan air lemon setiap pagi... alhamdulillah...
Memang lemon rawatan paling mudah untuk legakan batuk dan selesema dan juga demam anak-anak...
Sejak itu kat rumah mesti ada stok buah lemon... 🍋
Itulah... Allah jadikan sesuatu tu ada manfaatnya untuk kita... kita hanya usaha selebihnya tawakal saja kepada Dia yang Maha Menyembuhkan.
Bagus info ni, nnt nak share kat mak2 yang ada babylah
BalasPadam