GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pengalaman Shopping di 11Street, LAZADA, Zalora dan Nile.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


AMARAN: ENTRY INI SANGAT PANJANG! JIKA TAK MAMPU NAK BACA BOLEH SKIP KE ENTRY LAIN 😋

Tahun ni boleh dikatakan tahun MF jadi pembeli online tegar... Faktor dok di kawasan yang jauh dari bandar buatkan MF dan suami memilih untuk shopping online je.. Sebab fikir-fikir balik dengan kos minyak dan tenaga tambahan pula anak yang macam-macam karenah buatkan berfikir 10 kali nak window shopping.

Bila sebut shopping online... e-Mall yang besar dan popular kat Malaysia ni LAZADA la kan... kemudian muncul pula pelbagai persaingan antara 11street. Kedua-dua ni boleh dikatakan syurga membeli belah online sebab segala barangan keperluan harian ada... cuma takde jual barang basah je.. hehe... kalau ada confirm orang beli juga...

Kalau nak shopping baju bajan, kasut, jam dan aksesori pula ialah ZALORA dan Nile.com. Tapi Nile ni tak sepopular ZALORA la kan.


Pengalaman MF, pernah berurusan dengan keempat-empat jenis e-Mall ni...

LAZADA
Lazada ni segala benda jual... yang pernah MF beli kat sini ialah supplement, keperluan wanita, sabun mandi, printer, mesin liminated dan beberapa aksesori komputer dan kereta.

Lazada masa tahun lepas MF pernah beli agak mengecewakan sebab lambat... Tapi tahun ni dia dah tingkatkan perkhidmatan diorang... Sebab dah letakkan jangkaan tarikh barang kita akan sampai.. jadi boleh tahu la bila barang sampai.. kalau lepas tarikh tu tak sampai kita boleh tuntut. Tapi setakat ni barang sampai tak lebih dari 7hari bekerja.

Lazada ni terlalu banyak barang... Jadi kalau taip sesuatu barang tu.. kena la filter banyak kali... Hingga jumpa barang yang kita nak... Bestnya batang tu kita juga boleh pilih sama ada nak luar negara atau shopping from Malaysia. Kebanyakan barangan yang diimport lebih murah harganya cuma masa la lama nak sampai...hampir sebulan dan ada sebulan lebih tapi paling cepat satu atau dua minggu...

Kualiti barangan... Alhamdulillah setakat ni dok beli, barangan yang diterima puas hati kualitinya sebab MF suka lihat review pembeli dulu.. jadi kita tak mudah tertipu walaupun harga murah.

11street.com.my
Syarikat ni adalah syarikat kelolaan bersama syarikat Celcom Axiata. 11street asalnya dari Korea ke China tak silap MF, baru diperkenalkan di Malaysia dua tahun lepas... Sebab tu banyak barangan di 11street ni barangan dari Jepun, Korea dan China.

Antara barangan yang pernah beli di 11street ialah set komputer jenama Dell, telekung kanak-kanak, baby carrier, produk kesihatan dan kecantikan dan lain-lain.

Kelebihan web 11street ni ringan untuk diakses. Barangannya tak sebanyak di Lazada... Dan untuk membeli kita kena buka akaun... Jika ada barangan yang terpaksa direfund..kita just klik cancel dan duit tu kita boleh pilih untuk masukkan dalam akaun kita sebagai credit.. ataupun nak bank in terus ke akaun kita pun boleh... Tapi MF pilih masuk credit je di akaun MF..

Lagi satu, 11street selalu buat promo code dan bagi coupon free kepada ahlinya... MF rajin la download tapi tak sempat guna dah habis dah... Haha... Bulan lepas pernah dapat coupon free sebab jadi pembeli terbanyak untuk bulan tersebut.

Servis 11street boleh dikatakan cepat juga... Dan diorang ni cepat update barang yang dipos.. sama ada melalui e-mail atau SMS. Berbeza la dengan Lazada... Lazada kadang-kadang barang dah sampai baru dapat email dan SMS...

Namun, ada kelemahan juga.. ada barang yang dijual tak diupdate oleh penjual. Pernah MF nak beli dress tunggu punya tunggu rupanya barang tu takde stok... Akhirnya kena cancel... Ada juga barang yang tak tahu status..ingatkan dari Malaysia sebab takde simbol kapal terbang, rupanya dari China .. barang sampai tapi 3 minggu juga la...

Kualiti barang di 11street ikut nasib juga.. tengok review yang paling penting... Ada barang yang boleh guna ada yang tak... Kalau aksesori kereta atau gadjet teknologi ni... Lebih baik beli di Lazada... Tapi kalau produk-produk kesihatan atau kecantikan boleh aje nak beli di 11street.

Zalora
Setakat ni... 3 kali MF pernah berkolaborasi dengan Zalora . Alhamdulillah ada yang dapat voucher dan ada dapat duit tunai... Kedua-duanya MF guna untuk beli di Zalora juga.

Terus terang... Servis dan produk di Zalora memang sangat puas hati bagi MF.. walaupun ada juga yang pernah terbeli dan harga tak padan dengan kualiti... Tapi itu mungkin pengalaman orang lain.. pengalaman MF... Alhamdulilah perfect buat masa ni... Tahniah Zalora. Teruskan kekalkan perkhidmatan dan mutu barangan yang berkualiti.

Nile.com
Salah satu web shopping yang MF pernah beli pakaian.. pakaian dan produk lain seperti kasut tudung dijual dengan harga yang lebih murah dari Zalora... Tapi kualitinya tegap bagus... Pernah beli dress dan seluar slack ... Alhamdulillah servis dan kualitinya tak pernah mengecewakan.

Baca pengalaman MF shopping di Nile >>>DI SINI<<<

Selain empat web shopping di atas.. MF juga pernah beli tudung di Tudung2u... Harga ada murah dan ada mahal ikut jenis nak yang labuh atau ikut trend dan jenama terkini... Satu web shopping untuk beli tudung dengan pelbagai pilihan dan warna.

Selain tu, web shopping untuk beli pakaian dan dress muslimah ialah di Pearlharbour dan juga Muslimah Clothing Couture (MCC). MCC ni barangannya agak mahal tapi padan dengan kualiti. MF pernah beli kalau ada sale akhir tahun atau perayaan tertentu. Pearlharbour lebih murah dan banyak pilihan dress yang cantik-cantik dengan harga yang lebih murah... Pernah beli dress harga bawah RM80 dengan mutu dan kain yang berkualiti.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian MF tentang hobi MF iaitu shopping online.... Ok.. MF nak kongsikan sikit tips beli barang di Lazada dan 11street.

Kalau beli Lazada dan 11street check sellernya... Kalau dapat contact website seller tu terus dan boleh bandingkan harga. Suami MF pernah beli barang kereta... Dia cari di Lazada... Dapat contact dengan seller tu di Facebook dan dapat harga lebih murah dan siap ada warranty...

Sama juga MF pernah survey satu produk Kesihatan dan harganya lebih murah la kalau direct dengan penjual... Tapi nak mudah terus aje klik beli di Lazada... Dan MF juga selalu buat perbandingan harga antara Lazada dan 11street... Sebab kadang ada yang murah di 11street mahal di Lazada... Dan sebaliknya.

Apa pun MF ni jenis orang mencari dari bertanya... Sebab ada orang dia suka beli di Facebook je..sebab malas nak cari dan belek website ni... Sebab tu ada yang suka whatsapp je... Tapi MF suka belek-belek dan cari sampai puas hati... Ambil masa untuk survey..dan yang pasti beli online ikut keperluan bukannya ikut nafsu dan kehendak.. sebab tu duit tetap jimat walaupun hobi kami suka shopping online.

Sekian perkongsian panjang lebar MF mengenai shopping online.. terima kasih suka baca sampai habis ya... Hehe. Moga perkongsian ni jadi panduan buat mereka yang nak cuba shopping online di Lazada, 11street, Zalora dan Nile... Website ini lebih terjamin berbanding beli dengan orang perseorangan di Facebook atau Instagram. Tapi tak semestinya penjual kat Facebook dan Instagram tu penipu semuanya... Ramai yang jujur segelintir je yang menipu... Tapi tetap kena berhati-hati sebab tak dapat nak agak yang mana betul yang mana palsu. 

3Ulasan

  1. Assalamualaikum, memang betul skrg nie dah banyak aplikasi online shopping dan kita pilih jea mana yang kita nak.. Setakat nie saya bershopping kat lazada jea dulu, zalora dan lain2 blum shopping lagi... =)

    BalasPadam
  2. 11street MG xpernah lg shopping sana..yg lain tu selaluuuu..haha

    BalasPadam
  3. Mmg selalu shopping online. Dgn zalora xpernah, lazada , 11 street n shoppee slalu sgt... Just nak share bengang ngan custumor servis 11 street.. Mmg xmantap mcm lazada.. 2 bulan kes refund masih belum selesai, bila emel yg reply hanya autoreply tu je.. Bila call mmg senang dpt tp jawapan sama je.bbrp kali call masih tak de progress.. Tak taula buat kerja ke x.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ