بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Dah jadi satu kelaziman dah... bila balik kampung mesti cari ayam panggang ni... bahkan sebelum balik ke bandar semula beli juga sebagai bekal dalam perjalanan.
Memang sedap dan cukup rasanya... dicicah pula dengan air asam...memang merecikk...
Gerai ayam panggang ni ditepi jalan je... jalan Kupang ke Baling... bertentangan dengan simpang masuk ke Taman Perumahan.. kalau tak silap MF Taman Bemban kot... Haha.. tak perasan plak... tapi lokasinya dekat dengan restoran kerusi kuning... selepas gerai makan bawah pokok besar selepas SMK Syed Abu Bakar.
Memang tak lepas membeli ayam panggang ni setiap kali balik kampung MF di Baling.
Kalau ada yang nak mencuba rasa ayam panggang ni boleh la mencuba... takde signboard atau banner pun... cuma ada nampak gerai ayam golek selepas selekoh...
Cepat habis ayam panggang ni... kalau pergi petang sikit dah habis dah... dari situ boleh tahu kan... keeenakan ayam panggang ni.. Dan yang pasti rasanya sejak 2 tahun lepas kami jadi regular customer nya pun masih tak berubah... sama je rasa...
Harga??? seekor ayam panggang harganya RM18 sahaja.. memang berbaloi beli dengan harga ayam yang sedap dan segar...
Tak rugi membeli... sekali beli pasti nak lagi...
tengah-tengah malam tengok ayam panggang lapar pulak rase T-T..sedapnya tengok !
BalasPadambtw miza nak ajak join giveaway miza kalau sudi..hehee
http://dorayakino.blogspot.my/2016/11/giveaway-miniature-photography-by-waza.html