GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kisah Machonya Seorang Suami!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya. 

"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya," ucap wanita itu penuh mengharap. 

Tetapi Umar tidak segera m3nja2ab permohonan itu. Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang. 

Lalu Umar memberi isyarat kepada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.

Kisah Machonya Seorang Suami!

Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang langsung tidak mengenalinya. Wanita itu terkejut kerana "lelaki asing" itu memegang tangannya lantas berkata: "Wahai hamba Allah, subhanallah! Apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?" 

Melihat adegan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri. 

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada khalifah bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya, pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka," kata Umar mengakhirinya.
Sumber: Majalah Solusi 

Bukan isteri je kena jaga penampilan depan suami... suami juga wajib jaga penampilan depan isteri... Biar tak kacak, tak sado asalkan kemas, bersih dan sedap mata memandang... kulit gelap takpe asalkan ada manisnya... 

3Ulasan

  1. Betul.. Setuju sangat. Bukan hanya isteri, suami juga berhias dan berwangi-wangian untuk isteri..

    Isteri pun nak suami yang kemas.. Sedap mata memandang.. Wangi.

    Isteri juga boleh tawar hati dan kurang selera bila suami dah tak pandai kemas, wangi lepas berkahwin..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ