div id='header-inner'>

Cara Nak Balas Orang Buat Jahat Kepada Kita

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Nak Balas Orang Buat Jahat Kepada Kita |   Balas Keburukan Dengan Kebaikan

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي ذَوِي أَرْحَامٍ أَصِلُ وَيَقْطَعُونَ وَأَعْفُو وَيَظْلِمُونَ وَأُحْسِنُ وَيُسِيئُونَ أَفَأُكَافِئُهُمْ قَالَ لَا إِذًا تُتْرَكُونَ جَمِيعًا وَلَكِنْ خُذْ بِالْفَضْلِ وَصِلْهُمْ فَإِنَّهُ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ مَا كُنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai sanak saudara, aku menyambung silaturahim tetapi mereka memutuskannya, aku memaafkan tetapi mereka berbuat zalim, aku berbuat baik tetapi mereka berbuat jahat, apakah aku harus membalas perbuatan mereka?" maka Baginda SAW menjawab: "Jangan engkau lakukan, dengan begitu berarti engkau tinggalkan mereka semua, tetapi ambillah kebaikannya dan sambunglah hubungan silaturahim dengan mereka, karena sesungguhnya Allah akan senantiasa memberimu pertolongan selama engkau mampu konsisten begitu." (HR Ahmad No: 6648)


Cara Nak Balas Orang Buat Jahat Kepada Kita

Cara Nak Balas Orang Buat Jahat Kepada Kita

1.  Balaslah keburukan orang lain dengan kebaikan

2. Orang yang berusaha menghubungkan silaturahim, memaafkan perbuatan orang yang menzaliminya, sentiasa berbuat baik kepada orang lain yang berbuat buruk padanya akan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah

3.  Segala amalan ikhlas daripada kita tetap akan mendapat ganjaran dan balasan kebaikan daripada Allah

4.  Islam melarang pelaku buruk dibalas dengan keburukan. Walaupun orang lain memutuskan silaturahim, kita diperintah menghubungkannya. Orang berbuat aniaya serta kezaliman pada kita, kita sewajarnya memaafkan mereka.

JOM balas keburukan dengan kebaikan, menjadi pemaaf dan pendekat kasih sayang.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Perlukan kekuatan hati dan iman nak buat macam ni... bukan mudah... tapi kalau dapat buat...memang hebat dan tanda iman seseorang tu kuat...

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Bila kita tahu kita dianiaya..disakiti,,didengki..luluh dan ralat rasa hati..tapi itulah yang perlu kita rawat dengan balas semula dengan kebaikkan.moga dia yang menzalimi mula sedar untuk berubah dan bertaubat.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)