Ticker

6/recent/ticker-posts

25 Tips Elak Anak Kena Culik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Zaman sekarang tak macam dulu dah.. zaman sekarang nampak macam selamat tapi tak selamat... Jika kita dulu berani je nak keluar rumah pergi kedai sendirian, tapi zaman sekarang... nak lepas depan rumah fikir dua tiga kali... 

Tapi tak bagus juga kalau anak asyik terperap je kan.. kena bawa jenjalan dan sesekali kena bebaskan dia bermain di taman... cuma kena lebih berhati-hati sebab zaman sekarang ni depan mata pun masih ada cubaan nak culik... Bayangkan dalam hospital pun masih ada berani nak culik bayi seperti yang berlaku baru-baru ni... 



Oleh itu, sebagai ibu bapa, ikuti 25 tips berguna ni, untuk elak anak kena culik.

1. Ibu bapa perlu memaklumkan perancangan dengan tepat destinasi dan tujuan kepada anak-anak mengenai destinasi yang bakal dikunjungi. Sebagai contoh, mula-mula ke pusat membeli belah dengan tujuan utama untuk membeli pakaian seragam sekolah.

2. Pastikan anak-anak dikenakan pakaian yang mudah dikenali sebagai contoh baju yang berwarna terang untuk mudah dikenal pasti terutamanya di tempat awam. 

3. Kanak-kanak pada usia awal atau sebelum persekolahan kerap menghadapi masalah untuk mengingati nombor telefon ibu bapa atau alamat rumah mereka sendiri. Biasakan kanak-kanak membawa kad nama ibu bapa yang lengkap dengan nombor untuk dihubungi untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

4. Ibu bapa harus sentiasa memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar malam, pasar raya dan pusat beli belah. Kebanyakan kes kehilangan anak adalah berada di lokasi yang penuh dengan orang ramai, terutama ketika jualan murah diadakan kerana ibu bapa sibuk membeli belah. 

5. Ibu bapa perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka tidak kira di mana mereka berada.

6. Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit tentang pendidikan seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun terdapat gula-gula yang enak.

7. Pastikan ibu bapa  anak mereka tidak berseorangan sama ada di rumah atau di luar rumah.

8. Ibu bapa juga perlu mendapatkan ilmu bagaimana mendidik anak masing-masing modul pendidikan keselamatan diri.

9. Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa membawa sekurang-kurangnya gambar terbaru kanak-kanak bersaiz pasport, mungkin boleh disimpan di dalam dompet ayah atau beg tangan ibu. Gambar sebegini akan memudahkan dan mempercepatkan pihak berkuasa dan orang awam di tempat kejadian untuk mengecam kanak-kanak tersebut.

10. Sentiasa ingatkan kanak-kanak berjumpa terus dengan pihak berkuasa seperti pengawal keselamatan atau pihak polis jika terpisah dari keluarga atau tersesat.

11. Jangan reka cerita dan menakutkan anak-anak dengan dunia pihak berkuasa. Kanak-kanak kena diberitahu bahawa polis akan menolong kita jika semasa kecemasan atau kemalangan. 

12. Golongan ibu bapa perlu sentiasa menimba ilmu tentang aspek-aspek keselamatan kanak-kanak melalui pembacaan buku ataupun majalah yang sesuai. Melalui pembacaan, ibu bapa dapat mendidik anak-anak tentang keselamatan diri dengan cara yang kreatif. Ini boleh merangsang perkembangan minda dan tumbesaran mereka.

13. Dalam kesibukan ibu bapa membeli-belah, ada sesetengah yang tidak sedar anak-anak terlepas daripada pandangan mata. Bagi mengelak perkara buruk berlaku, penjaga boleh memakaikan anak dengan abah-abah atau gelang khas bagi mengesan si kecil sekiranya terlepas daripada pegangan.

14. Ibu bapa boleh menyediakan gelang khas di tangan anak dengan menulis nombor telefon atau sebarang nombor lain yang boleh dihubungi. Apabila anak terlepas daripada pegangan dan jika ditemui orang awam, mereka boleh menghubungi nombor berkenaan.

15. Ajar anak-anak untuk tidak mengikut orang yang tidak dikenali walaupun diberikan manisan atau permainan sebagai umpan.

16. Ibu bapa harus sentiasa memastikan anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar malam, pasar raya dan pusat membeli belah. 

17. Ajar anak-anak menggunakan wisel semasa kecemasan dan ketika dikuatiri diancam. 

18. Ibu bapa  digalakkan menghadiri kursus membantu kanak-kanak dalam kecemasan. Kursus seperti ini telah banyak dianjurkan di hospital.

19. Ibu bapa atau penjaga seharusnya memberi perhatian ketika berada di lokasi tertentu atau tempat awam yang sering mendedahkan kanak-kanak kepada ancaman tanpa diduga.

20. Ketika berjalan bersama, pastikan anak-anak berada di hadapan dan jangan biarkan mereka berada di sisi atau di belakang bagi memastikan ibu bapa tidak alpa memerhati jika mereka beralih arah dengan tiba-tiba. 

21. Teknologi seperti sistem peranti yang menyokong rangkaian telekomunikasi mampu memenuhi keperluan ibu bapa mengawasi sepenuhnya masa anak-anak jika berada di luar rumah. 

22. Kena selalu nasihatkan anak-anak  supaya memaklumkan kepada guru terlebih dahulu sebelum meninggalkan kelas misalnya, sekiranya ingin keluar ke tandas atau ke mana-mana.

23. Jika sesi persekolahan tamat, ibu bapa seeloknya tiba lebih awal ke sekolah untuk membawa pulang anak mereka dengan selamat.

24. Ibu bapa perlu laporkan kepada pihak sekolah atau pegawai polis jika terdapat sesiapa berkelakuan yang mencurigakan di sekolah atau kawasan perumahan.

25. Ibu bapa harus memantau setiap gerak langkah anak-anak walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini bagi memastikan mereka berada di dalam zon yang selamat.
Sumber: Karangkraf

Memang risau betul zaman sekarang ni, tapi tak boleh nak sekat sangat anak-anak ni,,, kena biarkan dia bebas juga bersosial dengan kengkawan kan... Macam bulan lepas, sekolah kakak ada buat lawatan ke zoo dan beberapa tempat menarik di bandar... Baru 5 tahun... kadang cakap pun tungggang terbalik lagi... berkira-kira nak lepaskan dia pergi ke tak.. tapi lepaskan juga, selebihnya kita doa dan tawakal kepada Allah kerana Allah sebaik-baik pemelihara... Tak lupa juga amalkan ayat kursi dan 3 qul sebelum keluar rumah... insha Allah, Allah kan ada dan tak kan tolak doa hamba-Nya yang mengingati dan mohon pertolongan dari Dia. 

Catat Komen

3 Ulasan

  1. PC yang belum ada anak ni pun risau cikgu MF bila tengok keadaan sekarang ni..subhanaAllah..sangat risau..bila sesekali bawa anak buah jalan2 kecut juga perut dan hati..risau berganda..apa pun kita doalah yang baik2..

    BalasPadam
  2. nice tip!
    ibu bapa kena 24jam alert dgn anak

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang bermanfaat. Zaman penculikan sekarang ni tak kira masa. Depan orang ramai pun mereka mampu membuat jenayah.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^