GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[VIRAL PALSU] CERITA KOTAK BERISI WANG DI GEREJA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

PENCERAHAN VIRAL PALSU



Telah berulang kali kita menerima mesej mengenai bantuan dari Gereja di Asia Jaya, ada sebuah kotak berisi duit, hanya tulis nama untuk ambil berapa diperlukan. Betul?

Sebenarnya Gereja Asia Jaya yang mana? Asia Jaya di Petaling Jaya? Memang tidak wujud Gereja di kawasan Asia Jaya!

Tak percaya? Cuba anda pergi ke kawasan LRT Asia Jaya, Seksyen 14, Taman Jaya, Taman Paramount hingga Kawasan sekitar Hospital Assunta dan Jalan Gasing. Memang ada banyak gereja dikawasan tersebut, TETAPI tiada satu pun yang menyediakan kotak seperti didakwa.

Hasil tinjauan dari sebuah ke sebuah gereja, hasilnya sebanyak 6 buah gereja telah berjaya dilawati oleh skuad peninjau. Gereja di sebelah Hospital Assunta PJ dengan jelas petugas disitu menyebutkan tiada penawaran bantuan seperti kotak khas atau sebagainya disediakan, malah beliau mencadangkan supaya permohonan bantuan dibuat di Baitulmal.

Jelas bahawa viral mengenai kotak berisi wang di Gereja Asia Jaya adalah PALSU semata-mata

Mengenai dakwaan mengenai bantuan dari masjid/surau susah memberi bantuan selalunya keluar daripada individu yang tidak pernah jejak kaki ke masjid/surau, paling tidak hanya seminggu sekali pada hari Jumaat. 

Jika anda menghadapi masalah kewangan yang serius, datanglah bertemu dengan Jawatankuasa Masjid/Surau, pasti mereka akan membantu mengikut saluran-saluran yang bersesuaian. 

Yang paling penting, apabila menerima sesuatu berita, semak terlebih dahulu, amalkan sikap Tabayyun.

Oleh : Pasukan bertindak mencari pencerahan isu viral di media sosial.

Sumber: Kisah Zakat Malaysia

Jangan nak jatuhkan maruah Islam dengan mengagungkan agama lain... Islam adalah agama Allah yang satu...tiada agama lain yang lebih baik... Mohon janganlah buat cerita macam ni... bandingkan agama, tapi mengagungkan agama lain... Islam is Islam.. 

Rajin-rajinlah jejak kaki ke masjid dan surau.. orang kenal insha Allah mudah dapat bantuan... 

3Ulasan

  1. Sekarang nih mcm2 cerita palsu org sgup buat utk jatuhkan agama Islam

    BalasPadam
  2. TAK SEMUA KABAR BOLEH DIPERCAYAI...FIKIR2LAH DULU

    BalasPadam
  3. Macam tulah sis orang sekarang :(
    Singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia
    Done follow
    jemput join
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ