GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

THROWBACK | HISTERIA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Minggu lepas kecoh pasal histeria di SMK Bandar Batu Bangi... Dahsyat juga sampai 50 pelajar kena histeria...

Tapi bukan MF nak cerita pasal histeria tu... Cuma nak throwback pasal kes histeria yang pernah hadapi di sekolah.

Nama sekolah dirahsiakan... Dan bagi sesiapa yang tahu tu tahu lah kan... Tapi senyap-senyap sudah ye..


MF mula posting guru tahun 2011... Kira baru lagi MF jadi cikgu... Tapi dugaan pertama MF masa hari lapor diri di sekolah... Berlaku kekecohan... Memula macam blurr juga.. masuk pejabat sebab nak lapor diri... Lihat ada seorang cikgu ni dok peluk pelajar sambil baca Yassin... 

Kerani suruh tunggu pengetua... Rupanya pengetua adalah orang yang MF tanya kat mana pejabat sekolah... Dia dok kat tempat perhimpunan dengan beberapa orang yang tak kenal siapa.. rupanya dok bincang pasal budak kena histeria. 

Fuhh.. mencabar ni... First day dah ada kes... Dok tak lama.. MF jadi cikgu.. berlaku lagi kes camni... Fuh.. memang kena panggil la tolong sebab ustazah kan.. tapi tahun pertama tak kena handle.. sebab diorang tahu MF mengandung masa tu... 

Tahun kedua kena lagi... Memang dalam tahun tu takde lah majlis yang gilang gemilang dok buat... Tak berani nak seronok-seronok... Tapi banyak juga ustaz termasuk dari Darul Syifa'dipanggil.. katanya memang ada perkampungan jin kat dalam kawasan sekolah... Jadi adalah satu area tu jangan kacau sebab kawasan dia... Kalau pelajar buat bising atau buat kotor dia marah la... 

Sepanjang menghadapi kes histeria tu.. paling teruk ialah kami cikgu sesi petang kena stayback sampai jam 8.30 malam... Sebab tunggu parent seorang mangsa histeria ni datang ambil anak dia.. 

Memang kenangan sungguh... 
Tahun dah tak pregnant tu kena la juga bantu... Tapi, walaupun kita ustazah..tak semestinya kita pandai.. dah tak pandai jangan nak memandai pula kan... Jadi, orang yang kuat semangat je boleh handle kes dan dok dekat dengan budak kena histeria ni... 

Histeria ni dia berjangkit... Iaitu dari menjerit.. seorang kena cepat-cepat la kuarantinkan... Tenteramkan di bilik yang tertutup... Kalau tak habis lah... 

Tapi histeria memang biasa berlaku kat sekolah... Ada banyak faktor.. Faktor makhluk ghaib tu ye juga.. sebab masa buat sekolah.. bukan kita tahu dan nampak alam jin kan.. main redah je kan.. Lepas tu sebab psikologi pun ye juga.. dan tambah dengan jiwa anak-anak yang kosong buatkan mudah terkena histeria.. 

Tapi tu lah pengalaman handle kes histeria... memang kalau langit gelap je kan.. mulalah cikgu-cikgu akan seram sejuk.. masuk ke kelas dan tenteram kan pelajar.. jangan biarkan pelajar terlalu seronok... Namun.. alhamdulillah.. dua tiga tahun dah takde kes ni... moga berterusanlah aman sekolah tu..dan last masa tahun MF pindah pun dah takde.. tapi apa-apa pun masih beringat... 

Walaupun begitu, rahsia ni dijaga rapi supaya tak kecoh... walaupun pernah ada ibu bapa ni dok up status tak puas hati kat facebook.. tapi ditangani segera supaya tak kecoh kepada media... alhamdulillah juga zaman tu bukan zaman viral macam sekarang ni... kiranya kes tu senyap gitu lah.. 

Apa pun sentiasa juga beringat dan ingatkan pelajar supaya terus beramal... jangan biarkan jiwa kosong dan ampuh... solat dan zikir serta doa selalu.. 

3Ulasan

  1. yang berlaku kat SMK bandar baru bangi siap cikgu dari sekolah tu yang upload gambar share kat media sosiall kemudian nak salahkan orang lain bila viral

    BalasPadam
  2. betul tu mf, sklah sy dlu pon ade juga.mmg kecoh lah. sbb ramai yg kena.. bermula mcm mf kata lah.menjerit, pastu berjangkit. pengalaman sy jga lah sbb kali pertama tgk dan alami. masa tu form 5

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ