Nasi Daging Dan Daging Masak Kicap Versi Menu Dalam Pantang!

Maria Firdz
3
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nasi Daging Dan Daging Masak Kicap Versi Menu Dalam Pantang!Dah lama tak makan sedap-sedap... Jadi, semalam buatlah menu yang sedap sikit tapi sesuai untuk ibu dalam pantang...

Lama tak makan daging, tercetus idea nak makan nasi daging...

MF masak nasi daging.. suami masakkan lauknya iaitu daging masak kicap... Dah 40 hari berpantang... Makan la juga kicap... Sesekali je kan... 

Nasi Daging Dan Daging Masak Kicap Versi Menu Dalam Pantang!

Tak susah masak nasi daging ni... Bahan pun mudah... 

Resepi Nasi Daging Masak Kicap Untuk Ibu Berpantang

Bahan untuk masak nasi daging... 

Beras
Air rebusan daging
Bawang putih, bawang merah, halia - (ditumbuk)
Sup bunjut
Satu sudu serbuk sup
Serai (diketuk)
Garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasaknya:

Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk halus. Tumis hingga naik bau...
Masukkan beras yang telah dicuci bersih...gaul rata dengan bahan yang ditumis tadi... 
Masukkan air rebusan daging, sup bunjut, serbuk sup dan juga serai serta sedikit garam... Kacau rata, kemudian masuklah nasi seperti biasa... 

Dalam 10 minit siap dah memasaknya... 

Daging masak kicap pun mudah... Guna bahan yang sama je... Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia... Masukkan kicap dan sedikit air... Masukkan daging dan biarkan sebati dan masak bersama... 

Alhamdulillah... Siapa kata dalam pantang tak boleh makan sedap-sedap kan... Boleh aje... Lepas dua minggu, luka kering.. boleh dah makan masakan yang sedap-sedap asalkan gunakan bahan yang sesuai ketika berpantang saja. 

Bila dapat makan sedap.. barulah tak stress... Takdelah tertekan walaupun berpantang kan... Tambah pula zaman Facebook.. telan air liur tengok orang makan sedap kan.. jadi, kita pun kena masak sedap-sedap juga... 

Catat Ulasan

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. wahh kak..untunglah dlm pantang makan sedap2.. kita mak jaga itu la ikan bilis goreng..sayur sawi hari2..hihihi tapi tetap sedapp!

    BalasPadam
  2. haish dah lama tak buat daging kicap..nak buatla..hehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !