GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

DIKECAM DENGAN GELARAN USTAZ USTAZAH FACEBOOK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Istilah ustaz ustazah fb.. Istilah baru ku kira ni... Sejak wujud budaya Viral ni... Tambah dengan istilah scam, spam, troll dan pelbagai istilah moden di Facebook tu buatkan wujud istilah ustaz ustazah Facebook...

Siapa dia ustaz ustazah Facebook ni???

Iaitu orang yang berikan komen dan betulkan sesuatu isu dengan hujah dan hukum tertentu...  Orang sebegini terus akan dicop ustaz ustazah fb...

MF sendiri beberapa kali pernah dicop dengan gelaran ni gara-gara berikan hujah dan kongsikan ilmu serta pandangan siap dengan dalil...

Masa memula menceburkan diri dalam memberikan komen diruangan Page yang popular serta isu yang popular... Buatkan MF rasa sedih juga... Tapi lama kelamaan MF biasa.. Biarlah dengan gelaran tu... Janji MF dah sampaikan ilmu yang Mf ada..

Di Blog ni pun pernah kena kecam juga... Berlagak macam ustazah... Sebabnya MF sampaikan ilmu tapi tak sertakan dalil... Sejak tu lah.. Apa-apa yang MF share pasal ilmu agama, MF rujuk buku dan Blog ustaz ustazah yang memang dikenali tahap ilmunya...

Kita ni takde nama kan.. Orang tak kenal..jadi kalau cakap pasal agama mana orang nak percaya... Tak kan kena Share segala sijil yang MF ada... Atau kitab yang ada baru nak percaya kot...

Tu lah cabaran nak ajak orang buat baik.. Tapi MF nak pesan... Orang yang dok pertikaikan orang yang sampaikan ilmu ni.. Boleh dicop orang munafik juga... Sebab ini MF sendiri dengar dari ceramah Ustaz Badli Shah dalam rancangan Cinta Ilmu kat Tv alHijrah. Kalau rasa MF ni menipu... Boleh layari dan langgani portal tv alHijrah la ye..

Minta maaf MF cakap... MF bukan nak menunjuk pandai... Tapi MF memang ada pengiktirafan dalam ilmu agama... Kalau tak tak boleh la jadi guru agama di sekolah.. MF share ilmu agama bukan nak tunjuk pandai tapi hanya nak sampaikan disamping nak jadikan tu sebagai peringatan kepada diri sendiri... Sebab ilmu ni... Lagi kita kongsikan lagi kuat pada diri kita... Kalau kita simpan lama-lama nanti kita akan lupa...

Minta maaf jika ada yang pertikaikan kenapa MF dok Share pasal dakwah dan ilmu agama... Dan lagi satu.. Dakwah ni ajak orang buat baik... Setiap orang jatuh hukum wajib untuk ajak orang lain buat baik... Tak payah nak tunggu ustaz ustazah je untuk ajak orang buat baik... Dan mencari ilmu phn hukumnya wajib bagi setiap umat Islam...

Jadi.. Janganlah kecam orang yang sampaikan ilmu dengan gelaran sebegitu...  Kerana hukum menyampaikan itu satu perkara yang wajib bagi setiap Muslim...jika orang tu salah kita betulkan... Itulah perdebatan ilmiah yang dianjurkan dalam Islam...

0Ulasan