[REVIEW FILEM] - Train to Busan!

Maria Firdz
8
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengah hot filem ni...Hot sangat sebab filem korea... remaja-remaja memang suka la kan... MF pun pernah juga minat filem korea, tapi zaman belajar.. sekarang anak dah dua tak dan nak tengok dah... Tapi dah ramai update kata best.. rasa nak tengok gak... Jadi, semalam berkesempatan layan filem Train To Busan dengan en.somi... dalam pantang tu sempat lagi layan filem zombie... haha...

Memula MF tengok sikit sendiri... tapi rasa sesak nafas terus.. terus ambil kerusi layan dengan suami... tengok je, dan baca subtitle ... kurang sikit sesak nafasnya.. kalau tak macam kena asma gayanya.. haha... semput aihh... tengok filem nih.. macam filem Maze Runner gayanya... 



Ok.. sedikit perkongsian, sinopsis dan pengajaran dari filem ini:


SINOPSIS Filem Train To Busan :


Filem "Train To Busan" bermula dari bencana sebuah virus yang menyerang Korea Selatan, Penumpang pada kereta KTX dari kota Seoul yang menuju ke Busan melakukan perjuangan untuk bertahan hidup dari serangan zombie (akibat virus tersebut).


Dalam berjuang untuk hidup semua penumpang ketakukan dan beberapa penumpang berani melawan serangan tersebut demi menyelamatkan keluarganya yang terjebak di beberapa gerabak kereta api.

Di akhir kisah mengisahkan sad ending kerana hanya dua orang yang selamat, seorang wanita bernama Sung-Gyeong dan kedua anak kecil yang merupakan anak dari Seok-Woo yang di perankan oleh Gong Yoo. Mereka berdua berhasil sampai ke Busan dan akhirnya para tentara yang bersiap sedia bermula ingin menembak kedua orang tersebut setelah mendengar nyanyian anak kecil akhirnya menyedari bahawa mereka adalah manusia dan masih hidup.

Pengajaran dari filem ini:

Sikap pentingkan diri sendiri oleh Seok woo... Pentingkan kerjaya hingga abaikan anak... dan dia juga pentingkan diri.. jual ikan yang tercemar walaupun tahu ianya berisiko, Jadi, janganlah jadi bapa/ibu yang terlebih pentingkan kerjaya... boleh cari kekayaan, tapi jangan korbankan apa yang dikurniakan di depan mata. 

Watak lelaki yang berpengaruh dan pentingkan diri sendiri... Fikirkan diri sendiri je selamat... Sanggup pengaruhkan orang lain agar mempercayai kata-katanya.. Memang geram betul part lelaki ni.. watak yang dimainkan memang berkesan, rasa geram sangat... emo betul berhadapan dengan watak lelaki ni... 

Tapi watak ini, sebenarnya adalah realiti kehidupan masa kini... memang sesiapa yang ada pengaruh akan pengaruhi orang lain dengan kata-katanya... orang yang ada kuasa, akan pengaruhkan orang biasa.. 


Sang-hwa hanya salah satu watak-watak yang best walaupun pada awalnya macam dia kurang hormatkan budak kecil..tetapi jiwa dia besar sebenarnya. Terdapat begitu banyak perkara yang kita, orang-orang muda perlu belajar dari Sang-hwa --Di ayah besar dengan hati yang lebih besar daripada dia.

Pertama,CINTA. buktinya ungkapan terbesar cinta di matanya apabila dia cuba untuk mengusir menceraikan isterinya ketika cuba masih menutup pintu untuk menghalang zombi. sehingganya tangannya sendiri digigit zombie.

Kedua, bahawa semua kemenangan, besar atau kecil, bermula dengan satu keputusan yang berani. Ingat apabila dia membuat keputusan untuk perjalanan dari gerabak 9 untuk bertemu dengan isteri beliau di gerabak 13? Dia tidak pasti sama ada mereka benar-benar boleh membuat ia. Dia juga ragu. Tetapi dia membuat keputusan untuk melakukannya. Keputusan besar yang mendorong beliau untuk melihat isterinya (sekurang-kurangnya) untuk kali terakhir. Sedih, tetapi inspirasi.

Dan ketiga, bahawa hati yang menewaskan lebih penting daripada otot besar. Bahawa tidak kira bagaimana sukar kita berada, di sana sentiasa harus menjadi sesuatu yang baik. Yang mungkin tidak membuat anda kelihatan berani, tetapi ia pasti akan membuat anda kelihatan baik. 

Usaha anak menyatukan kembali kedua ibu bapanya... Walaupun dia marah dan kecewa dengan bapa dia yang selalu abaikan dia.. tapi dia tak sanggup nak berpisah dengan bapa dia masa bapa dia buat keputusan untuk tinggalkan gerabak selepas digigit zombie.



Dalam filem menunjukkan bahawa banyak kuasa besar menindas orang yang kecil.. dan menunjukkan realiti manusia akhir zaman yang lebih pentingkan diri sendiri tanpa hiraukan orang lain dan keadaan sekeliling. 

Komen dan Review MF:
Keseluruhannya boleh beri 4.8/5 bintang... filem ni, tak bosan, bahkan mendebarkan...bagi yang ada semput atau lemah jantung jangan la tengok sorang-sorang. Filem ni bukan filem seram.. tapi filem aksi.. macam Maze Runner... sebab usaha menyelamatkan diri dari bencana yang tak terduga. 

Bila lihat filem ni.. teringat gambaran kiamat... manusia lari menyelamatkan diri tanpa hiraukan yang lain.. anak yang dikandung berguguran... semua fikir diri sendiri je... itu gambaran kiamat... 

Apa pun, tak rugi tonton filem ni... Berjaya juga racun suami layan filem korea nih... hehe... 


Sumber gambar: Google images dan LionhearTV

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. cuba jugak buka & tengok online tapi memang cannot go tengok dekat skrin pc ni. kena tgk kat skrin TV jugak. so memang tunggu dvd jer... nak tengok filem seram pun nak kena ada kepuasan jugak tu. Skrin tu penentu jugak hehehe... tapi filem zombie thailand saya tonton sebelum ni pun best jugak. The black death.. try la tengok cuma tak sesuai utk kanak2 menonton. satgi dia tanya soalan kita tak reti nak explain pun susah hahaha

    BalasPadam
  2. best rupanya train to busan ni patutlah femes di kalangan pengguna facebook :)

    BalasPadam
  3. ramai btul kata filem ni sdap..blum berkesempatan lagi tonton filem ni..

    BalasPadam
  4. Yup.. setuju.. banyak mesej yang cuba disampaikan dalam cerita ini..
    Hahaha.. Sha nengokkan citer nie sampai tutup2 muka lah..

    BalasPadam
  5. hahaha baru jer tengok.. tu laa kan.. penuh debaran citer nih..

    BalasPadam
  6. betul tu, mmg sesak nafas tengok cerita ni tau. CN tengok dgn irfan smpaikan budak kecik tu tobat takmo naik train ! hehehe

    BalasPadam
  7. Gong Yoo! Minatnya kat dia pas tengok drama Coffee Prince. ^_^ Jadi jahat ke? Alahhh.. Dari rata-rata review saya baca, macam best filem ni. InshaAllah, layan gak nanti. Eh scene akhir tu macam biasa ku tengok lah. Scene government dok cover-cover cerita.. Hehehe =)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !