بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Pagi tadi terbaca berita dari whatsapp Group tentang berita kematian Ustaz Haron Din tetapi rupanya berita tu tak benar... Dan buka Facebook pun mengatakan beliau kritikal tapi belum meninggal dunia..
Namun, sebab dok sebar berita dia meninggal, dah macam doa kan.. akhirnya Allah betul ambil permata ilmu..ulama terkenal ini... Dan sahih la.. bahawa Ustaz Haron Din telah pergi meninggalkan kita semua...
Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.
Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.
"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.
"Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh," katanya dalam kenyataan di sini.
Sebelum itu Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.
Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.
Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).
Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.
Sumber: HM Online
Perginya ulama ini pada hari Jumaat yang mulia.. cuaca redup seakan mengiringi dan bersedih dengan pemergian beliau... Seluruh alam menangisi ulama yang mulia.. Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه، وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا ينَقَّ الثوب اْلأَبْيَض مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِه، وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبر.
Dah makin berkurang dah ilmuwan agama di negara kita... Petanda akhir zaman yang semakin menghampiri kita... Dan terbukti bahawa dunia sudah semakin ke penghujungnya... Apakah kita masih leka dengan nikmat dunia???
sedihnya atas khabar berita ini... al-fatihah..
BalasPadamal fatihah
BalasPadam