GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pengambilan Supplement/Jamu Selepas Bersalin!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Saja santai-santai Ahad, terfikirkan nak kongsikan pengalaman ni.. MF tak amalkan apa-apa set bersalin yang sering dibeli dan digunapakai oleh wanita moden sebab MF selesa lagi amalkan cara berpantang tradisi, daun kayu rebus, bertungku batu dan mengurut.. Tanpa set berpantang bersalin yang dijual di pasaran.

Bila anak tiga, tenaga kita pun kurang faktor usia, jadi kali ni masa berpantang dah mula fikir nak makan jamu apa.. kali ni memang nak makan jamu pula... tak nak lagi supplement... ada lah sebab MF tersendiri kenapa tak nak supplement.

Pengambilan Supplement/Jamu Selepas Bersalin!
Pengambilan Supplement/Jamu Selepas Bersalin!


Pengalaman MF dalam pengambilan supplement dan jamu selepas bersalin.

Lepas bersalin anak pertama tak amalkan apa-apa supplement/jamu hinggalah Faiqah setahun... cuba ambil alfalfa.. sekali je makan.. lepas tu stop makan..

Masa lepas bersalinkan Faqiha, mula amalkan supplement... lepas je Faqiha 2 bulan, konsisten amalkan Ephyra selama setahun.... dan juga Harum Malam... memang serasi dengan badan kedua produk ni... tapi kurang badjet dan tak mampu nak maintain... yang Harum Malam tu dah stop sebab naik betul part-part badan tertentu... tak boleh jadi ni..  kemudian stop juga...dan sambung makan jamu bila Faqiha menginjak ke 2 tahun.. makan Jamu Ratu Dara dalam 2 botol juga, kemudian tak sempat habis, mengandungkan si Fariqa... Jadi berhenti makan sebab masa mengandung tak boleh makan jamu...

Walaupun begitu, dalam masa yang sama MF tetap ambil natural supplement sunnah seperti madu, habbatus sauda dan juga kurma.

Jadi, kali ni... si Fariqa ni dianugerahkan lahir tanpa Jaundis langsung.. alhamdulillah.. tapi walaupun begitu dalam pantang masih mood berjaga, tak makan apa-apa jamu atau rempah ratus yang panas lagi...

Insha Allah, lepas sebulan fikirkan nak sambung makan Jamu Ratu Dara semula...


Anak 3 dah ..kena jaga badan, pastikan bertenaga luaran dan dalaman... ibu/isteri kena sihat ceria, baru ceria rumahtangga... isterikan ibarat jantung rumahtangga kan.. :)

Jadi, ibu-ibu yang berpengalaman, korang amalkan jamu apa ya??? Kongsi la.. kot-kot berguna untuk yang tengah mencari jamu lepas bersalin.

3Ulasan

  1. Cikla mmg dr anak pertama sampai ke empat ni mkn jamu kampung, jenis bancuh dgn air tu. Lepas habis tu, cikla pernah jugak makan jamu ratu dara. Dan sekarang ni Cikla baru try dgn Harum Malam.... Bow, selamat berpantang ye. Take care...

    BalasPadam
  2. tak cuba lagi tapi sekarang tengah survey2 jugak.

    BalasPadam
  3. I read a article under the same title some time ago, but this articles quality is much, much better. How you do this.. iherb omega 3

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ