Mohon Kad Debit Maybank dan Aktifkan Kad Melalui Maybank2u!

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Isu yang tak habis lagi... Isu kad debit... MF agak lambat aktifkan kad debit Maybank..sebab kad MF takde Maybank2u... Tapi minggu lepas, suami buatkan dan aktifkan Maybank2u di ATM... Dan alhamdulillah..mudah dah.. senang nak buat Maybank2u... Lepas register Maybank2u, maka barulah boleh apply kad secara online. 



Alhamdulillah.. Maybank memudahkan pelanggannya... Tak perlu nak beratur panjang kat bank semata-mata nak tukar kad debit atau nak aktifkan kad debit yang baru. Tapi ini untuk pengguna Maybank2u je la.. Bagi yang tidak register Maybank2u, kena buat manual juga la ye.. 

Bagi yang dah ada Maybank2u... mudah sahaja nak mohon kad debit baru ni...
1. Login Maybank2u anda.
2. Pergi pada menu "Card Management"
3. Kemudian klik pada "ATM/Debit Card"
4. Kemudian klik "Apply"
5. Kemudian ada alamat dan no.telefon... Isikan alamat jika ada perubahan alamat.. jika takde perubahan alamat, terus je klik "Request TAC"
6. Masukkan TAC Number yang dihantar pada no.telefon yang kita register Maybank2u..dan klik "Confirm"
7. Lepas tu, akan keluarlah status "Successful"... 
Maknanya, permohonan kita berjaya.. jadi tunggu sahaja Maybank akan hantarkan kad debit baru dalam masa 2 minggu. Suami MF dapat kad debit baru dalam masa 2 minggu .. diorang pos guna CityLink.

Lepas dapat kad,boleh aktifkan secara online juga melalui Maybank2u... Kalau nak pergi ke ATM pun takde masalah.. tapi dah ada kemudahan online kan.. kenapa nak bersusah payah kan.. 

Cara aktifkan kad debit maybank baru melalui Maybank2u!

Caranya sama juga, Login>Card Management>ATM/Debit Card>Active Now> Isikan nombor kad dan request TAC.. Masukkan TAC dan confirmkan... 






Macam ni, MF tak dapat nak aktifkan lagi sebab kad debit baru belum sampai pun... Cuma MF tunjukkan cara untuk aktifkan kad je dulu

Ramai dok cari pasal kad bank lain.. Kad bank lain selain Maybank kena mohon di bank yang berhampiran dengan tempat tinggal anda la ye... Setakat ni, Maybank je buat kemudahan ni... CIMB pun kena mohon manual di bank.. tak boleh buat secara online. Dan semua kad debit tak kira bank apa pun, kena tukar sebelum 1 JANUARI 2017!... Jangan percaya pasal Viral kalau suruh tukar sebelum tarikh tu... itu semua viral palsu... 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Tukar online je senang, cuma lambat sikit sampai..selagi tak sampai jgn aktifkan dulu

    BalasPadam
  2. terima kasih ilmunya ni puan ...sangat bermanfaat

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !