GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Rahsia Utama Kenapa Ada Blogger Boleh Konsisten UPDATE Blog Setiap Hari!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Perkembangan Blogger tahun ni rasa macam suram sikit... Sepanjang 4 tahun MF betul-betul aktif berblog ni... Tahun ni rasa macam suram sikit...

Jika tahun-tahun lepas... Aktiviti berblog ni ibarat satu persahabatan yang erat sesama rakan Blogger... Tak kira dari mana pun... Asalkan nama Blogger... Aktiviti berblogwalking dan update entry menarik berjalan setiap hari...

Tapi tahun ni... Rasa suram... Banyak blog terbengkalai... Bukan seminggu dua.. Tapi berbulan bahkan bertahun tak UPDATE blog... Kadang tak tahu tuan blog tu ke mana... Tapi blog baru ramai juga yang muncul...

Jadi, MF dikira Blogger yang aktif lagi berblog... Sentiasa Upgrade dan update blog setiap hari...

Kenapa MF masih update blog??? Sebab MF berblog kerana minat dengan perkongsian ilmu dan bidang penulisan alam maya...

Alhamdulillah.. Masih kekalkan mood berblog.. Sesekali merudum tu biasa... Tapi jarang MF biarkan blog sepi tanpa entry...

Tetap update entry...setiap hari... Paling kurang satu... Macam mana MF buat... Ini rahsianya yang MF nak kongsikan...


Rahsianya ialah BANYAKKAN MEMBACA!!!

Sekalipun kita nak tulis kisah dan pengalaman peribadi... Kita kena baca supaya apa yang kita tulis dan sampaikan beri manfaat kepada orang lain juga... 

Jadi,nak konsisten dalam berblog... Mesti berblog dari hati... Bukan ikut-ikut orang... Buat kerana minat.... Kemudian, banyak membaca..tak kisah lah dari blog orang lain,Facebook, Twitter surat khabar dan sumber bacaan yang lain... Dari sekeping gambar pun kita boleh jadikan ENTRY... Asalkan kita buat olahan berdasarkan gambar tersebut...  

Tak susah sebenarnya..  Yang jadi masalah bagi Blogger ni nak konsisten ialah masa, komitmen dan juga teknologi Internet...  Itu yang kekangan kan... Tapi apa pun semuanya bukan alasan mutlak untuk terus berblog jika dah memang hati sebati dengan blog. 

Nak naikkan lagi komitmen tu... Selalu research pasal Blogger berjaya.. Apa yang diorang buat... Ubah dan tukar cara lama kepada cara baru... Template yang up to date.. Serta gaya penulisan yang lebih ilmiah walaupun nampak santai kan... 

Cubalah... Inilah rahsia kenapa ramai Blogger boleh berjaya dan konsisten UPDATE blog mereka... Jangan cemburu lihat mereka berjaya... Tapi kita boleh ikutcara mereka berjaya...  Blogger yang berjaya cipta jenama blog..bukan sia-sia... Bahkan boleh jana pendapatan yang buatkan orang pun gelap mata.. Kalau tak percaya.. Cuba buat... Dan tengok sendiri apa jadi nanti... 

8Ulasan

  1. terima kasih, tips yang sangat bagus.
    wahyu pertama pun malaikat suruh Rasulullah íqra'

    BalasPadam
  2. Ye lah MF. Saya minat berblog tp ada kekangan masa dan komitmen kerja yg buat blogging kdgkla terbantut!

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian yg sangat berguna ini.

    BalasPadam
  4. Salam, terima kasih tips, saya pun baru kembali berblog setelah bertahun tak ada idea dan masa. Semoga lepas ni saya akan jadi penulis yang lebih berkualiti.

    BalasPadam
  5. Setuju dengan entri ni... kekangan saya adalah bila laptop dan phone "berganding bahu" buat hal.. tapi kalau ada peluang guna laptop orang lain, saya akan ambil peluang update blog... 😂 takat ni masih lagi sengsara laptop buat hal... huhuhu

    BalasPadam

  6. in sha allah... berusaha jugak ke arah tu walau kekadang M datang...

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum... mariafirdz,

    terima kasih tip2 nie.. kekadang nak update blog nie perlu istiqamah... agar pembaca blog tak lari kan. Mselim3 kekadng pun ikut mood.

    mselim3

    BalasPadam
  8. masa, komitmen dan juga teknologi Internet..
    iye itulah puncanya setahun saya hilang
    mwahaha

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ