بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sedangkan lidah lagi kan tergigit,
Apa pula suami isteri...
Itulah bait lagu yang popular pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...
Itulah adat dan resam rumahtangga kan.. biasa lah kalau gaduh tu... Dari pergaduhan tu buatkan kita lebih kenal dan memahami pasangan kita...
Tapi kalau dah hari-hari bergaduh, tak bertegur sapa langsung tu memang masalah tu... Jadi, kena ada jalan penyelesaiannya...
Sumber: Google images |
Cara Atasi Suami Isteri Yang Sering Bergaduh
Berikut MF nak kongsikan cara untuk atasi masalah suami isteri yang sering bergaduh...
Bagi pasangan suami atau isteri yang kerap bertengkar,
Ambil kan Air suam letak kan Garam Secubit dalam minuman Suami atau Isteri,
Bacakan:
- Al Fatihah 3x
- Al Ikhlas 3x
- Baca Surah Yusof ayat 1-6
- Ya Latif 7x
- Dan selawat ke atas Nabi s.a.w 7x
Selepas itu bagi suami atau isteri minum, amalkan setiap hari inshaaAllah jika sebelum ni Suami atau isteri baran atau ego tinggi, akan kurang barannya. Hubungan itu akan jadi lebih mesra Dan rapat. Sebaiknya buat setiap pagi Dan sebelum tidur.
Amalkan dengan yakin Ikhlas inshaa Allah pasti di permudahkan..Aamin..
Perkongsian daripada Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Antara amalan MF pula.. amalkan baca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr setiap kali selepas solat fardhu... Niatkan moga dipelihara kerukunan rumahtangga agar hidup bahagia tanpa dengki khianat manusia dan jin... Insha Allah... Amalkan selalu dan yakin dengan Allah. Selain tu, selalu lah solat berjemaah suami isteri... Itu amalan mudah agar suami isteri tak mudah bergaduh dan rukun rumahtangga.
dalam mana2 pertengkaran tak kira suami isteri, mak anak, sesama kawan baik, mesti perlu salah sorang jadi penyejuknyaa..
BalasPadam