Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati-hati Tumpangkan Seorang Tua!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sesiapa yang nak ke pekan dari Kuantan pada masa ini..
Berhati hati jika ada orang tua nak tumpang dekat petronas Kg. Ubai

Kejadian berlaku sewaktu kawan saya berhenti dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke pekan dari Kuantan. Oleh kerana mengantuk kawan saya berhenti rehat di Petronas Kg.Ubai. Sewaktu berehat datang seorang tua yang berpakaian agak comot, lalu menegur kawan saya..

“Anak nak ke mana?”.

Kawan saya menjawab ringkas, "Pekan.. pakcik".

Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Kg. Lamir”.. tanpa selidik kawan saya jawab.. “Ehm… bolehlah”.


Lantas orang tua itu pun masuk dan duduk di dalam kereta kawan saya. Dalam hati kawan saya berkata, “Hai, siapalah org tua nii... orang ke atau...” Seram gak bila tengok pakcik tu membisu ja.

Kawan saya pun meneruskan perjalanannya. Sebaik lebih kurang 2km menghampiri Kg.Lamir orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?”, kawan saya tersentak dan berkata dalam hati, “Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi kaya pulak. Orang tua ni nak bagi nombor kot atau nak menguji dia”.

Lalu kawan saya pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”.

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati kawan saya berkata mungkin jwpnya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?”, Kawan saya jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih selesa hidup sederhana”.

Sampai di Kg.Lamir, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Nak.., tu pakcik ada tinggalkan satu tin KAYA cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.. Roti anak beli le sendiri ya.. Terima kasih, ya nak.” lalu org tua tu turun dari kereta.

sumber: whatsapp group

Lain kali tanya biar jelas..jangan buat spekulasi sendiri...

Catat Komen

2 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^