GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Atasi Meroyan Ketika Berpantang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Atasi Meroyan Ketika Berpantang! | POSTPARTUM DEPRESSION atau MEROYAN Postpartum Depression boleh menjadi lebih teruk iaitu Postpartum Psychosis.

Semua orang sekeliling wajib memainkan peranan di dalam membantu membendung masalah meroyan ini.

Cara Atasi Meroyan Ketika Berpantang!
Sumber: Google images 

Peranan suami untuk atasi meroyan ketika berpantang

  1. Menjaga pemakanan isteri (belikan herba-herba, atau makanan yang sihat dan baik untuk isteri.

  2. Memudahkan urusan isteri kalau isteri berpantang di rumah sendiri tanpa bantuan lain (hantar baju ke dobi, upah hantar makanan, jaga baby untuk beri masa isteri tidur, jaga dan uruskan anak-anak lain).

  3. Memahami jiwa isteri untuk berpantang, sama ada mahu berpantang di rumah sendiri, ibu atau mertua. Usah di paksa isteri untuk pergi ke rumah mertua jika isteri tidak mahu.

  4. Tidak meminta dan mengarah isteri benda pelik-pelik, nak makan sedap-sedap, ajak isteri keluar, nak balik umah mak, nak itu ini, cukuplah isteri tu hampir putus nyawa melahirkan zuriat suami, bagi lah masa isteri nak “rehat”.

  5. Hentikan dulu aktiviti-aktiviti luar (futsal, lepak mamak, memancing, panjat gunung, urusan outstation) sementara waktu.

  6. Tidak merungut rumah yang bersepah, kalau rasa bersepah, tolong kemas atau panggil orang datang kemaskan rumah.

  7. Kalau mak mengadu pada suami pasal rumah, pasal cucu, pasal apa-apa, tidak perlu sampaikan kepada isteri, simpan sendiri sudah, kalau boleh tolong perbaiki.

Peranan ibu atau mertua untuk atasi meroyan ketika berpantang

  1. Tidak memaksa ibu baru untuk berpantang cara mereka tetapi boleh mencadangkan cadangan tanpa paksaan. 

  2. Tidak sibuk merungut keadaan rumah menantu atau anak.

  3. Jangan di banding-bandingkan muka cucu, dikomen rupa, warna kulit dan ikut muka siapa..Allah dah bagi, ikut muka siapa tidak akan lari muka anak kita sendiri atau menantu kita, Allah dah kurniakan cucu, bersyukur.

  4. Usah jadi nujum mak belalang…ramal masa depan budak tu , nanti degil lah, nanti, nakal lah, nanti..nanti ..nanti…

  5. Jangan bising-bising kalau anak menantu nak ikut cara dia sendiri berpantang, kadangkala ibu-ibu muda ni dah baca kaji semua, sekarang zaman orang pandai guna google, kalau anak menantu minta nasihat, baru bagi nasihat.

  6. Usah bising kalau anak menantu nak berpantang sendiri, mesti ada sebab dia nak pantang sendiri, mungkin dia rasa selesa rumah sendiri atau sebab lain, tidak perlu tahu sebab, anak menantu bukan darjah 1, tidak tahu nak berfikir..tidak perlu ibu atau mertua pening kepala fikir masalah mereka, nanti naik darah tinggi.

Peranan saudara mara untuk atasi meroyan ketika berpantang

1. Tolong buat kerja rumah

Jangan datang ziarah duduk sahaja tunggu tuan rumah hidang makanan dan air, ada yang siap buat perminataan khas suruh masak sedap-sedap, nasi arab, pasta, tomyam, beriani gam. Tolong-tolonglah tuan rumah, jaga baby atau kemas rumah dan masak itu lebih baik.

2. Jangan jadi tukang komen

Tak perlu tolong jadi tukang komen muka baby tu macam mana, sama macam ibu/mertua. Semua nak sebut dan tanya..kenapa hitam, kenapa putih, kenapa hidung kemek, kenapa hidung mancung, kenapa kecik, kenapa besar, kenapa…kenapa..kenapa…lihat dan pujilah Allah dengan menyebut MashaaAllah, cantiknya ciptaan Allah, Alhamdullillah itu lebih baik, sebab semua baby comel dan cantik tiada dosa.

3. Sewa homestay atau hotel jika datang dari jauh

Kalau datang dari jauh, silalah sewa homestay atau tempat tidur yang lain, selalunya orang berpantang ni diorang rasa susah bab menyusu dan membersihkan diri, aurat semua, jenuh ibu tengah letih nak kena jaga pulak pergerakan semua. Kalau boleh datang, tak payah bermalam di rumah tuan rumah.

4. Pastikan sihat tubuh badan 

Pasti kan tidak ada yang sakit demam selsema batuk semua datang jumpa baby, kalau ada, harap tidak peluk cium gomol semua..nanti berjangkit, sedara mara pakat balik semua, yang seksa ibu bayi tu. 

5. Jangan ganggu bayi yang tengah tidur

Kalau datang baby tengah tidur, tolong jangan kejut pulak baby itu, seksa dan susah ibu bayi tu mahu tidurkan, elok sahaja tidur, di kejutkan pula, alasan nak tengok, tengok sahaja jangan di kejut,  bayi itu belum boleh bercakap pun untuk di kejut dan bersembang.

Peranan kawan-kawan dan jiran untuk atasi meroyan ketika berpantang

  • Lawat selepas habis pantang adalah lebih baik.
  • Jangan melawat jika anda atau anak anda tidak sihat.
  • Jangan datang tunggu dan harapkan tuan rumah hidang air, sebaiknya datang bawa makanan dan offer bantu tuan rumah.
  • Jangan datang melawat lama-lama.
  • Jangan komen tentang fizikal baby.
  • Tawarkan makanan berpantang jika jiran berpantang sendiri.
  • Jangan sembang ketawa kuat-kuat, sampai baby bangun.
  • Jaga kelakuan anak masing-masing, jangan biar anak-anak masuk bilik berpantang, siap lompat atas katil tuan rumah bagai.
  • Jangan ambil gambar ibu berpantang yg tidak menutup aurat, masuk FB “melawat kak gayah dapat baby baru”, minta jaga aib dan aurat semua.

Ini antara yang boleh di guna pakai sewaktu berhadapan dengan mereka yang baru lepas bersalin.

Rasa leceh?

ya...memang leceh..tapi jika mahu di bandingkan dengan kesakitan  fizikal, emosi, perubahan hormon dan keadaan fizikan ibu-ibu ini, langsung tidak boleh di bandingkan dgn ke "lecehan" orang sekitar untuk menjaga adab melawat ibu lepas bersalin.

Kepada ibu-ibu yang sedang hamil, menunggu hari dan sedang berpantang, jaga hati anda dahulu, baru yang lain, usah pendam telan ikut tunduk pada permintaan dan layanan orang lain semata-mata nak jaga hati orang lain, anda akan membunuh emosi anda sendiri dan menghitam pekatkan pengalaman yang seharusnya manis pada anda yang baru mendapat kurniaan Allah yang tiada nilai nya.

Semoga Allah permudahkan urusan semua.

Sumber: Facebook 



Jika ada yang tak tahu adab ni..  Jangan ambil hati lah... Tapi mulut cheq laser tau.. Direct je cakap...tak pun cheq tarik muka 14, depa faham sendiri la tu ada yang cheq tak berkenan...  

Masa dalam pantang banyakkan berzikir dan pasanglah rukyah selalu.. Supaya emosi stabil dan tak mudah ikut perasaan...

5Ulasan

  1. Memang sesuai sangat untuk saya yang tengah mengandung ni. Terima kasih share ye.

    BalasPadam
  2. ohhh... srius hari ni baru tau yg berpantang pon bleh meroyan..

    BalasPadam
  3. dulu masa lps bersalinkan aiyan akak hampir2 meroyan...
    masa tu baru 2 hari lps bersalinkan aiyan... tensen sbb duk spital, ngn anak nngis, nurse lak bt tak kisah... pertama kali ada anak... akak lak yg mmg manja... nsb lah lps dh balik umah alhamduilillah takde apa jd...

    BalasPadam
  4. Yang hok mulut becok dok komen rupa fizikal anak rasa macam geram je nak stepler mulutnya haaa.. Bawak pulak anak demam selsema datang lawat bayi, siap cium2 lagi.. Lagilah membara ye haaa..

    BalasPadam
  5. Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    terima kasih sharing. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips. klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/SUPPLIMENT%20BUKAN%20UNTUK%20BUATKAN%20%22susu%20jadi%20banyak%22%20TETAPI.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ