GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

20 Makanan Penggalak Susu Badan (Natural Milk Booster)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ilmu penyusuan susu ibu... Terutama buat ibu-ibu muda dan ibu yang beranak sulung. 

MF nak kongsikan 20 Makanan Semulajadi yang bertindak sebagai makanan Penggalak Susu Badan. 

Makanan Semulajadi ni...lebih sihat dan selamat berbanding suplemen yang diproses yang banyak dijual di pasaran. Alhamdulillah... Sepanjang MF menyusukan anak-anak, MF utamakan natural milk Booster berbanding supplements yang diproses.  



Antara 20 Makanan yang menjadi Penggalak Susu Badan:

Kek Coklat Lembap (Choc Moist Cake)
Durian
Kurma
Betik
Kacang soya 
Susu kambing
Tempe
Jantung pisang
Habbatus Sauda
Ikan kod
Salmon
Sawi
Minyak kelapa dara (Vco)
Fenugreek 
Daging kambing
Keju
Kurma merah/longan
Barli 
Bawang putih
Oat


Jadi, amalkan makan makanan yang seimbang dan berkhasiat..

Antara 20 makanan ni, yang sering MF amalkan ialah kurma... dan kurma terbaik ialah kurma ajwa atau kurma Nabi s.a.w... kurma ni memang mahal.. tapi bagi MF berbaloi beli sebab rasanya yang sedap, insha Allah berkat dan berpahala juga amalkan sunnah kan... jadi, MF fikir daripada berhabis duit beli prosesed supplement baik beli kurma ajwa yang memang natural supplement dan terbukti khasiatnya dan tak dapat disangkal kelebihannya...

Apa pun, dalam 20 ni ada yang tak sesuai diamalkan oleh ibu yang punyai anak berpenyakit ekzema... seperti kacang soya... jadi, siapa kata susah nak hasilkan susu badan.. yang penting, yakin diri, doa kepada Allah...dan fikir positif.. insha Allah ada rezeki untuk anak tu nanti.. jangan putus asa... 

3Ulasan

  1. mindset tu penting kan
    kalau negatif, memang payahlah nak supply
    dan yg penting jugak jangan banyak stress
    boleh mempengaruhi kesihatan emosi
    emotion is everything..

    BalasPadam
  2. Betul, mindset is very important..
    Kalau nak harap milkbooster 100% pun tak semestinya berkesan.
    Pam pun kena konsisten, baru susu keluar..
    Skrg dah moden sgt, mana mana milkbooster contoh mcm Pump It ke yg sapu sapu jer untk tambah susu tu, tapi tk pam ikot jadual, tak jalan jugak ...
    So mindset sgt penting..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ