div id='header-inner'>

Sahkah solat jika tapak tangan berlapikkan telekung yang dipakai ketika sujud?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Assalamualaikum ustaz,
Sahkah solat jika tapak tangan berlapikkan telekung yang dipakai ketika sujud?


Jawapan:

الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد :

Solat anda adalah sah. Ini ialah kerana sekurang-kurang sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud berdasar hadis nabi saw bahawa baginda telah bersabda:

إذا سجدت فمكن جبهتك ولا تنقر نقرا (رواه ابن حبان في صحيحه

Maksudnya: Apabila kamu sujud, tetapkanlah dahi kamu dan jangan lakukannya terlalu laju. (riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya).

Hadis ini menjadi hujah kepada ulama mazhab Shafie bahawa sekurang-kurang sujud adalah meletakkan dahi di tempat sujud.

Mengikut Syeikh Muhamad bin Ismail Daud al-Fathoni dalam kitabnya مطلع البدرين ومجمع البحرين "dan sekurang-kurangnya (sujud itu) mengenai setengah dahinya akan tempat sujudnya dan wajib dibukakan dahinya jangan ada berlapik". Perkara yang sama disebut di dalam kitab الإقناع dan kitab al-Fiqh al-Muyassar.

Disamping dahi, ulama khilaf tentang kewajiban anggota-anggota lain. Yang sahih dalam mazhab Shafie' adalah wajib berdasar hadis riwayat Bukhori dan Muslim bahawa Rasulullah saw menyuruh sujud di atas tujuh anggota; iaitulah dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan jari-jari kedua-dua kakinya.

Mengikut kitab al-Fiqh al-Muyassar; Yang diambil kira ialah meletakkan dua tapak tangan dan perut jari kedua-dua kaki walaupun sebahagian sahaja. Tidak mengapa dan tidak batal solat meletakkan dua tapak tangan ke atas kain telekung semasa sujud. Yang mesti dijaga ialah pastikan kain telekung tidak menghalang dahi dari mengenai tempat sujud.

Sekian والله أعلم

Rujukan:
1) Syeikh Muhamad Syarbini al-Khatib, Al-Iqna'.
2) Ahmad Isa 'Asyur, al-Fiqh al-Muyassar.
3) Pelbagai.

Disediakn oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS  

Catat Komen

7 Ulasan

  1. Saya dah lama nak tanya ni..MF punya post kat blog ni memang tak boleh share kat facebook ye??banyak kali dah saya try nak share tapi yang keluar cumna blog saja..Post yang saya nak share tu tak keluar..Memang MF setting macam tu ke?Rugi la kalau setting macam tu sebab bawah post ada button share tapi tak boleh share..

    BalasPadam
  2. Thank you for the sharing.. sebab ada ternampak orang purposely selak telekung sebab nak bagi tangan sentuh sejadah...

    BalasPadam
  3. aida ada tgk video pasal ni.
    at first dulu terbaca bhw tapak tgn x boleh lapik telekung, tau.
    masa tu agak payah la nak make sure tapak tgn x berlapik.
    after ada ilmu baru ni dari video tu, alhamdulillah.
    dipermudahkan urusan ibadah solat kita kan :)

    BalasPadam
  4. Thanks for sharing sis. Selalu tertanya sah ke sah ke tak solat kalau ada situasi yang meragukan. Alhamdulillah, dah jumpa jawapan.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)