بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sarapan mengimbau kenangan....
Idea en.somi... Sarapan ringkas tapi bermakna...
Cekodok Gula Merah
Tak susah nak buatnya...
Cuma kalau resepi asal mak MF, bahan asasnya tepung gandum, dan gula merah...
Tapi MF dah tambah bahan lain untuk rasakan lain sikit...
Bahan-bahan untuk buat cekodok Gula Merah...
Tepung gandum, gula merah, sedikit gula pasir, secubit garam, 1 sudu kecil serbuk penaik, 1 sudu baking soda, air suam untuk bancuh...
Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan dalam bekas, bancuh dengan air suam hingga sebati... Bancuhan jangan lembik sangat dan jangan pekat sangat... Agak-agak boleh buat jemput-jemput la ye..
MF kalau buat memang biasa guna tangan.. Tak reti guna sudu... Guna tangan lebih cantik bentuknya... Bulat-bulat je...
Sarapan ringkas tapi mengimbau kenangan... Sebab mak MF biasa buatkan sarapan cekodok setiap pagi... Suami pun sama juga... Biasa sarapan cekodok je masa zaman kanak-kanak dulu...
Salam MF, 1st time saya dgr cekodok gula merah. Mesti manis rassnya.
BalasPadamooo first time dgr cekodok gula merah.. maybe buleh cuba nanti..
BalasPadamsedap.
BalasPadamGula merah? jarang jumpa. Ni resipi baru ni. Cekodok pisang tu biasa la juga.
BalasPadamwah tak pernah try . sedap ni.. hehe
BalasPadamOh..Tak pernah pula makan cekodok gula merah..first time dgr..sllunya cekodok pisng je..huhu
BalasPadamSy pon biasa bt cekodok Gula Merah..hehe..tp skrg dh lama x buat. Tgk entry ttbe tingin plak..mlm ni atau esk Nak buat la.hehe
BalasPadam