بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
3 Amalan Mudah Untuk Elak Anak-anak Bergaduh! | Adik beradik bergaduh itu biasa... Yang jadi luar biasa, bila bergaduh sampai berdendam...
Tapi sedari kecil ibu bapa wajib didik anak bersatu padu... Hidup bersama.. Dan berkasih sayang antara adik beradik...
Masa kecil, gaduh tu ibarat hiburan buat ibu bapa...
Tapi boleh pening kepala juga... Justeru itu amalkan tiga bacaan ini untuk elak pergaduhan ekstrem antara adik beradik.
Amalan Mudah Untuk Elak Anak-anak Bergaduh!
1. Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi s.a.w sebanyak 3 kali
2. Surah al-Insyirah sebanyak 7 kali
3. Surah ali-Imran ayat 200
Amalkan bacaan ini... Dan niatkan dalam hati agar dilembutkan hati dan tak mudah bergaduh atau beriri hati...
Bacakan dalam air, nasi atau apa sahaja perbuatan kita kepada anak... Agar anak mudah lembut hati...
Amalan lain yang biasa MF lakukan:
- Amalkanbaca 3 ayat terakhir dari surah al-Hasyr setiap kali selepas solat sambil niatkan agar anak lembut hati dan bersatu antara keluarga.
- Ajarkan anak berkongsi satu barang...
- Suap makan anak-anak dalam satu pinggan...
- Belajar berkongsi dan main bersama...
- Jangan bandingkan dan cuba sedaya mungkin untuk berlaku adil...
Moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh solehah.. Serta pejuang-pejuang agama Allah. Insha Allah...
singgah pagi...
BalasPadamthanks for sharing ♥
tq bagi tips.. sekarang ni anak gaduh ngn mak ayah dia jer kat rumah hahahaha.. tunggu adik belum tiba lagi
BalasPadamthanks info ni sis MF
BalasPadam