div id='header-inner'>

Warna Tema Raya 2016 Yang Menjadi Pilihan Ramai!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lepas je habis raya, raya ketiga barulah membelek wall kat Facebook ... meriah dan ceria semuanya berbaju raya... sedondon sekeluarga...

Jika tahun lepas, kebanyakannya bertemakan warna kelabu.... tapi setelah diteliti tahun ni warna yang mendominasi dan menjadi pilihan ramai orang ialah warna hijau.

Itu warna yang majoriti MF tengok kat wall Facebook MF dan juga wall kawan-kawan serta kakak ipar MF... memang warna hijau menjadi pilihan ramai.. terutamanya hijau emerald. Ada juga hijau Kelly yang jadi pilihan...

Warna lain yang jadi pilihan ialah warna purple dan biru... biru gelap atau royal blue antara menjadi pilihan ramai orang juga tahun ni... dan hanya satu dua warna lain yang menceriakan seperti oren, kuning, pink dan coklat.

Apa pun... majoriti tahun ni membuat kombinasi dua warna... jika hijau dikombinasikan dengan hijau lembut atau lime green... jika pink dengan peach... dan sememangnya warna block masih tak ketinggalan zaman... masih ramai yang pakai warna block...

Sedikit lah nak kongsikan kisah persediaan Raya kami...

Tahun ni biasa saja... beraya di johor sahaja keluarga sebelah suami... dan bukanlah kali pertama tak balik raya sejak dah kahwin.. giliran tetap kena ikut.

Tema raya kami ialah biru purple... itupun last minit pilih... sebabnya boleh pilih kombinasi warna ni, bila secara seloroh MF tag satu dress cantik kat suami di Facebook. tak sangka suami berkenan dan dia belikan dalam diam... dan bagi membalas balik... MF pun dalam diam... cari baju kurta sebab kalau beli baju Melayu tak pakai sangat kan... jadi kelainan tahun ni belikan kurta. Dengan tema yang sama, MF membelek kat Facebook dan Google mencari baju yang sesuai... Alhamdulillah dapat... selesai baju untuk kami...


Untuk anak-anak memang tak terfikir nak beli sebab suami nak buat sendiri... menggunakan Tshirt yang ada, di alter menjadi dress kombinasi dua warna iaitu royal blue dan purple... Alhamdulillah... selesai bab baju raya kami sebelum Ramadhan lagi... rasa relax sikit tahun ni... sebab tak bersesak dengan orang nak cari baju raya... insha Allah... tahun depan, akan buat sendiri je... sebab suami pandai menjahit kan.. rugilah kalau tak dimanfaatkan. Dan tahun depan kalau ada yang nak tempah baju boleh roger-roger MF ya...

Itulah serba sedikit kisah baju raya dan tema raya kami tahun ni... ada lagi kisah tudung raya pula... insha Allah.. akan menyusul kemudian... 

Catat Komen

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)