GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

MENDIDIK HATI REDHA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Redha, mudah disebut payah dilaksanakan... begitulah hakikatnya...

Apa itu REDHA???
Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama :  sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Redha mudah disebut... tapi bukan mudah nak didik hati...
Bagaimana nak didik hati redha ialah dengan syukur dan bersangka baik dengan Allah...

Belajar syukur dengan nikmat Allah.. kenangkan segala nikmat yang Allah pernah bagi... InshaAllah hati akan tenang dan terasa lapang...

Redha juga termasuk dalam rukun iman... Allah uji kita untuk melihat sejauh mana kita redha dengan ketentuan Dia. Terkadang kita nak itu, dia bagi ini... allahhh... bukan mudah nak terima... tapi kena juga didik hati supaya berlapang dada...

Cara lain.. dengan  melihat orang yang kurang dari kita..

Misalnya... kita nak anak perempuan tapi Allah bagi anak lelaki... harap sangat anak perempuan... tapi dapat anak lelaki juga... jadi, renungkan dan ingat semula... bahawa lebih ramai yang berkahwin tapi tak dikurniakan anak... itulah cara nak didik hati redha... melihat orang yang kurang daripada kita... jangan lihat orang yang lebih dari kita...

Berlapang dada dengan ketentuan Allah juga satu cara untuk tingkatkan keimanan kita... kerana itu Allah uji kita untuk mendidik hati yang redha...

Bersyukurlah jika Allah uji kita dengan ujian untuk mengukur keredhaan... kerana iman kita sedang ditingkatkan oleh Dia... 

3Ulasan

  1. Satu perkongsian yang amat menyedarkan saya.. hmmm

    BalasPadam
  2. kdg2 perkara yg simple hati senang je nak redha, tp bila masuk perkara yg dirasakan terlalu besar buat diri sendiri terus rasa mcm tak boleh nak terima.. :(

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ