GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Menggalakkan Anak-anak Bertudung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dianugerahkan dua orang cahaya mata perempuan.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah... Ramai orang anak perempuan kan.. Tapi tak dapat.. Kami pula memang tak rancang nak anak jantina lelaki atau perempuan.. Tapi rezeki kami.. Orang tengok seronok.. Tapi berat amanah dan tanggungjawab memelihara anak perempuan.. Sebab tu orang tua-tua kata... Jaga lembu sekarang lebih mudah dari jaga anak dara seorang.

Salah satu didikan awal anak perempuan yang MF dan suami tekankan ialah bab aurat. Masa kecil dan bayi lagi kami tak beli baju ketat-ketat.. Baju lengan panjang.

Bila dah besar.. Umur dua tahun.. Mula biasakan keluar rumah dengan baju yang sopan walaupun tak bertudung.. Tapi si kakak ni lebih mudah.. Dia memang nak pakai tudung sebab selalu tengok MF Bertudung... Itu salah satu cara mudah nak didik anak tutup aurat.. Iaitu melalui teladan... Ibu bapa tunjukkan contoh, anak pasti ikut... Sama macam solat... Biar dia tengok apa kita buat.. Dia mudah ikut.. Kadang yang tak baik pun dia ikut.. Sebab anak-anak ni macam span kan.. Menyerap tanpa menapis... Sebab belum Mumaiyiz...

Si adik ni mencabar sikit.. Tak suka letakkan apa-apa dikepalanya... Tapi masa umur setahun, MF dan suami selalu bawa naik motor... Jadi, dia kena pakai topi... Jadi, memula dia tak nak tapi cakap berbaik kenapa kenapa kena pakai topi... Akhirnya dia biasa... Bila kepalanya dah biasa ada benda di atasnya... Lebih mudah nak didik dia pakai tudung.

Akhirnya, satu hari tu, dia sendiri ambil tudung kakak dan pakai.. Terkejut juga dengan perubahan drastik tu.. Tapi syukur.. adik tak perlu dipaksa. Dan bab bertudung memang tak pernah dipaksa.. Nak pakai, pakai.. Tapi selalu pesan.. Nak keluar rumah pergi jalan-jalan kena pakai elok.. Baju longgar, lengan panjang, bertudung.. Nanti orang tengok malu... Si kakak memahami... Jadi, sekarang ni... Nak keluar rumah, automatik dia minta tudung. Alhamdulillah.. Tanpa dipaksa.

Jadi, bila lihat di adik nak pakai Tudung... Terus kami memuji..beri sokongan dan semangat kepada adik... Memang  dia pakai.. Tapi on off.. Tak pernah la paksa...

Tapi sebab nak galakkan dia pakai tudung... Akhirnya, MF bagi reward kepada anak-anak... Lagipun ada rezeki lebih bulan lepas... Belikan mereka tudung comel... Untuk galakkan anak-anak pakai tudung...



Seperti biasa.. MF memang tak biasakan dengan tudung yang mahal.. Biar cantik asalkan tak mahal. 

Terpandang, perkongsian tudung comel kawan MF kat Facebook tentang tudung kanak-kanak terus MF hubungi orang berkenaan... Lepas dia bagi senarai harga mengikut saiz... Memang teruja sebab harga semuanya bawah RM20 sehelai. Kira berpatutan beli.. Buat apa nak beli yang mahal jika ada yang murah.. 

Jadi, lepas berurusan dan buat pembayaran... Alhamdulillah tudung yang ditempah selamat diterima. 

Teruja anak-anak dapat tudung masing-masing. Tak sabar nak pakai pergi jenjalan... Alhamdulillah.. Seronok tengok mereka nak pakai tudung. 

Apa pun kami tetap tekankan bab berpakaian. Bukan sekadar tudung tutup rambut.. Aurat badan seperti lengan dan kaki juga kami tekankan.. 

Opss... Ini cara kami ye... Jangan nak kata kami tunjuk bagus ke hapa... Cuma berkongsi... Sebab bukan senang nak didik anak perempuan.. Tu belum campur dengan emosinya yang pelbagai... 

Solat dan aurat tu kira asas je.. Jadi, kena bentuk dari awal... Bukan dah besar baru nak ajar... Bukan tak boleh tapi mungkin dah payah... Apa pun... Ini usaha ke arah mencapai impian membentuk anak-anak solehah.. Kita nak anak Soleh/solehah.. Jadi kena didik awal.. Bukan sekadar doa dan ameen kan.. Tanpa usaha dari kita sebagai ibu bapa... Pesanan untuk diri sendiri... 

Jika berminat nak dapatkan Tudung Murah Kanak-kanak ini... Boleh hubungi: 
Facebook: Najah Sahya. Beliau turut menjual tudung dari saiz bayi serta abaya untuk bayi dan kanak-kanak.
Whatsapp: 0132282068‬ 

3Ulasan

  1. Bagus tips ni mf,saya pun dlm usaha menggalakan si kecil saya bertudung, moga usaha kita diberkati inshaAllah

    BalasPadam
  2. akak pun dah biasakan anak pakai tudung..lagi la kalau comel2 tudung..mesti diorang suka kan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ