div id='header-inner'>

Telefon Hilang, Apa Perlu Buat???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Baru-baru ni kawan sekerja MF mengalami musibah, iaitu kehilangan telefon bimbit. Disyaki akibat kecurian. Tak sangka nak berlaku kes macam ni. Apa pun kes ni masih dalam siasatan. Bila berlaku kes begini, persediaan dan pengetahuan buat kita juga... Apa perlu kita buat apabila telefon kita hilang atau dicuri. Handphone nokia poliponik suami MF pun dah hampir 3 minggu tak dapat dikesan... Tak pasti jatuh atau ke mana...

Jom lihat, apa tindakan dan perkara yang kita boleh buat jika telefon kita hilang. Terutama bagi pengguna Android:

1. Google ADM
Android Device Manager (ADM) adalah aplikasi yang dimiliki oleh Google secara rasmi. Alat ini mempunyai fungsi untuk mengesan telefon bimbit Android kamu. Aplikasi ini sangat mudah digunakan, selain itu juga percuma.

Syarat yang harus dipenuhi untuk mengesan telefon bimbit anda adalah terhubungnya telefon anda dengan akaun Google. Tidak dalam keadaan mati dan harus juga dihubungkan ke internet.

Aplikasi ini juga dapat mengawal device dari jarak jauh, misalnya boleh memberikan bunyi terhadap telefon ataupun memadam fail-fail yang terdapat di dalam telefon tersebut.

2. Google Map
Aplikasi ini mempunyai kemampuan untuk mengesan pelbagai pergerakan yang dilakukan oleh pengguna dengan menggunakan GPS. Keuntungan dari membiarkan Google mengetahui lokasi anda adalah jika berlaku kehilangan, maka dengan mudah Google Map akan menunjukkan lokasi yang sesuai dengan kewujudan telefon bimbit anda yang hilang tadi.

3. Drop Box
Ciri Camera Gambar dalam Drop Box ini akan membuat kita tetap berhubung dengan akses cloud dari telefon bimbit yang hilang. Dengan demikian setiap kali telefon tersebut mengambil gambar, maka akan secara automatik ter-upload ke laman cloud. Sehingga kita tetap dapat memantau dan mengetahui dimana terakhir kali telefon tersebut aktif. Dengan demikian kita dapat mengetahui letak dan lokasi telefon tersebut.

4. Kawalan Jarak Jauh Samsung
Permohonan yang terakhir ini khusus bagi pengguna handphone Android berjenama Samsung. Samsung menanamkan aplikasi ini menggunakan ciri remote control dengan nama Find my Mobile.

Kita juga boleh melakukan kawalan jarak jauh yang berkaitan dengan telefon bimbit kita seperti memadam semua fail, menjejaki, menyembunyikan data, dan juga mengunci telefon bimbit. Bahkan ciri ini akan memberitahu kita melalui SMS setiap kali telefon ini berganti kad SIM.

Selagi telefon belum reset, maka semua akses tersebut masih boleh dilakukan.

5. Nyahaktifkan Melalui No. Siri Telefon.
Untuk mencari kembali peranti yang hilang, terdapat beberapa cara seperti menggunakan Find My Phone, Device Manager dan sebagainya, tetapi sekiranya semua gagal, cara terakhir adalah dengan mematikan telefon tersebut menggunakan IMEI.

IMEI merupakan sebuah nombor khusus untuk setiap telefon, yang mana biasanya dipaparkan dibahagian bateri atau kotak peranti berkenaan. Anda juga turut boleh menyemak IMEI peranti daripada telefon anda terus, iaitu:

Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information

PCBS menggunakan nombor Mobile Equipment Identity (IMEI) untuk menyekat/mengaktifkan semula telefon bimbit yang hilang atau dicuri. Untuk menyekat atau mengaktifkan semula satu-satu telefon bimbit, pengguna yang telah berdaftar perlu memaklumkan rangkaian mudah alih mereka. Setelah dimaklumkan, pihak rangkaian mudah alih akan memeriksa rekod mereka untuk nombor IMEI telefon bimbit tersebut. Nombor IMEI itu akan diserahkan kepada sistem PCBS dengan permintaan sama ada untuk menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit tersebut. PCBS akan menyebarkan maklumat untuk sama ada menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit itu kepada semua rangkaian mudah alih di seluruh Negara. Sejurus menerima maklumat ini, pihak rangkaian mudah alih tersebut akan menyekat/mengaktifkan semula telefon bimbit tersebut.

Perkhidmatan PCBS berasaskan web membolehkan pengguna mendaftar dan menyenaraikan sehingga 10 peranti dibawah mereka. Untuk penggunaan fungsi ini, pihak SKMM bersama-sama beberapa rakan kerjasama lain, termasuk PDRM menyediakan sebuah fungsi dinamakan Block My Phone. Daftar percuma DI : https://www.blockmyphone.my/

6. Baca Yassin untuk Kembalikan Barang Yang Hilang atau Dicuri.
Sebagai orang Islam, dalam segala usaha kita, kena berserah kepada Allah juga, sebab semua yang berlaku dengan izin dan kehendak Dia. Cara bacaan Yassin untuk kembalikan yang hilang.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Ini antara cara moden dan kaedah Islamik yang dapat MF kongsikan jika telefon hilang.. Yang cara Islami tu untuk sebarang kehilangan barang atau orang... JIka dah buat, tapi tak jumpa juga.. redhalah kerana anggaplah rezeki takde kan... 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. perkongsian yg bermanfaat
    pernah kehilangan telefon masa kat u dulu
    time tu nak ke tandas, beg letak kat sinki
    kluar dari tandas check hp dah xde..

    BalasPadam
  2. syukran sister for sharing this.at least if i can't get it back, i'm satisfied that whoever get my phone either can't use it at all nor can sell it.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)