div id='header-inner'>

Kisah Benar : Seorang Ibu Menyamar Sebagai Lelaki Selama 43 Tahun Demi Anak Perempuannya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kisah hidup Sisa Abu Daooh, seorang wanita Mesir berusia 65 tahun yang sangat memberi inspirasi terdengar hingga ke Presiden Mesir. Presiden pun menganugerahi penghargaan kepada Sisa sebagai "Pengorbanan Ibu yang Terbaik". Pengorbanan apa yang telah dilakukan Sisa hingga pemerintahan negaranya merasa harus memberikannya penghargaan? Jom ikuti kisahnya.

Kisah Seorang Ibu yang 43 Tahun Menyamar Sebagai Laki-laki

Sisa selama ini diketahui bekerja sebagai tukang batu dan juga penjahit kasut. Namun orang ramai mengenalinya sebagai seorang lelaki, kerana kerja keras yang dilakukannya selama ini di negaranya memang selalu dilakukan oleh kaum adam. Sisa ternyata adalah perempuan yang mempunyai seorang anak perempuan. Ia telah menjalani pekerjaan tersebut selama 43 tahun!

Sisa rela melakukan pekerjaan tersebut demi boleh membesarkan anak gadisnya. Demi boleh bekerja seperti lelaki, Ia rela memotong rambutnya, memakai pakaian yang longgar seperti seorang lelaki, dan kemudian melakukan pekerjaan sebagai tukang batu dan penjahit kasut.

Sisa yang buta huruf, ditinggal mati oleh suaminya ketika usia kandungannya baru 6 bulan. Setelah melahirkan anak perempuannya, Ia mula berfikir untuk bekerja demi boleh menyara dirinya dan anak satu-satunya. Di Mesir, negeri yang konservatif, sukar buat perempuan seperti Sisa untuk mendapatkan pekerjaan. Sisa boleh saja berkahwin lagi, namun Ia tidak ingin berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Keluarga besar Sisa marah dan terkejut dengan jalan hidup Sisa yang menyamar sebagai lelaki agar boleh bekerja, apatah lagi Ia bekerja sebagai tukang batu. Namun demi anak gadisnya, Sisa rela melakukan perkara tersebut dan berkeras hati ingin mencukupi keperluan keluarganya sendiri tanpa bergantung pada orang lain.

Sisa Abu Daooh (kanan) dan anak perempuannya (kiri)

Sisa merasa ada untungnya berpakaian seperti lelaki, kerana Ia terhindar dari godaan lelaki. Sisa hanya bekerja demi keluarga dan benar-benar tidak punya harapan untuk mencari lelaki lain yang mahu menikahinya.

Ketika masih muda, Sisa merasa sekuat 10 orang lelaki. Namun diakuinya, berpura-pura menjadi lelaki sangatlah susah. Ia akui tidak boleh lepas dari sifat kewanitaannya. Demi keluarga dan anak perempuannya, Ia rela melakukan apa saja pekerjaan. Suatu waktu Ia pernah ingin berhenti menjadi lelaki dan bekerja pekerjaan lelaki, tapi sayangnya anaknya sakit kuat, maka terpaksa meneruskan pekerjaan sebagai tukang batu demi kos rawatan anaknya.

"Saya tidak boleh membaca, tidak pernah sekolah, hanya ini satu-satunya cara untuk mencukupi keperluan keluarga saya," tutur Sisa menjelaskan.

Sisa yang kini sudah tidak sekuat dulu lagi, tetap ingin dikenali sebagai lelaki. Walaupun Ia kini telah berterus terang tentang keadaannya yang sebenarnya, namun Sisa tetap ingin melihatnya sebagai lelaki ketua keluarga yang menyara keluarganya. Sisa muda adalah tukang batu, di usianya yang semakin tua Ia menggantikan pekerjaannya sebagai penjahit kasut.

Anaknya sudah dewasa, Ia pun sudah tua dan tidak boleh bekerja seperti dulu lagi. Ia pun berkongsi kisahnya kepada media sehingga terdengar oleh Kerajaan Pusat Mesir. Presiden Mesir akhirnya menganugerahkan penghargaan kepada Sisa sebagai "Pengorbanan Ibu yang Terbaik" dalam acara resmi kenegaraan. Sisa mengenakan pakaian lelaki ketika menerima anugerah tersebut.

Sisa menerima anugerah daripada Presiden Mesir

Sungguh sebuah pengorbanan luar biasa seorang ibu untuk anak perempuannya. Apapun Ia lakukan demi mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga. Semoga Allah membalas keikhlasan ibu luar biasa tersebut dengan balasan yang lebih luar biasa di sisa hidupnya di dunia, dan juga di akhirat kelak. Amiin
Sumber: http://1001kisahteladan.com/

KASIH IBU HINGGA KE SYURGA.. KUATNYA SEORANG IBU ADALAH ANAKNYA... IBU YANG LEMAH LEMBUT AKAN JADI KUAT BILA MELIBATKAN ANAK.... KERNA ITU, TANGAN LEMBUT YANG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGGONCANGKAN DUNIA. ITULAH IBU! SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI ANAKNYA! KERANA ITULAH FITRAH IBU KURNIAAN YANG MAHA ESA BUAT SEORANG WANTA!

Catat Komen

8 Ulasan

  1. aduhai. sayu membaca.
    adakah aida ni hah sekuat Sisa tu ekk?
    berkorban pe saje utk anak.
    in shaa Allah. moga Sisa dipermudahkan segala urusannya :)

    BalasPadam
  2. sayu ada bangga pun ada...
    betapa pengorbanan seoarang ibu utk anaknya...

    BalasPadam
  3. Kuatnya seorang ibu yang bernama sisa ini..naluri ibu membolehkan dia kuat menghadapi semua ni

    BalasPadam
  4. Gigih seorang wanita kan MF..
    Sanggup berbuat apa saja..
    Asalkan tanggungjawab terhadap anaknya terlaksana..

    Bila tengok dia pakai pakaian lelaki tu..
    Memang tak perasan pun dia perempuan kan..

    BalasPadam
  5. besar pengorbanan ibu ni.salute..

    BalasPadam
  6. PENGORBANAN SEORANG IBU MITHALI YG SANGGUP BERBUAT APA SAJA DEMI ANAKNYA

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)