div id='header-inner'>

Jom Kenal Putera Puteri Rasulullah s.a.w!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perbincangan mengenai putera dan puteri Rasulullah s.a.w termasuk pembicaraan yang jarang dibincangkan. Tidak hairanlah, sebahagian umat Islam tidak mengetahui berapa jumlah putera dan puteri beliau atau sesiapa saja nama anak-anaknya. Walaupun ada lagu Anak Nabi Kita, tapi kita tak tahu secara terperinci… Jika kita boleh luangkan masa untuk mengenal artis, mengetahui nama dan anak-anak artis tempatan dan luar Negara, mengapa tidak kita mengambil tahu bab nama anak-anak Nabi s.a.w yang kita mengaku kita saying Nabi kan… 


Enam dari tujuh anak Rasulullah terlahir dari Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid r.a. Rasulullah memuji Khadijah dengan sabdanya,

قد آمنت بي إذ كفر بي الناس وصدقتني إذ كذبني الناس وواستني بمالها إذ حرمني الناس ورزقني الله عز وجل ولدها إذ حرمني أولاد النساء

"Ia telah beriman kepadaku tatkala orang-orang kafir kepadaku, ia telah membenarkan aku tatkala orang-orang mendustakan aku, ia telah membantuku dengan hartanya tatkala orang-orang menahan hartanya tidak membantuku, dan Allah telah menganugerahkan darinya anak-anak tatkala Allah tidak menganugerahkan kepadaku anak-anak dari wanita-wanita yang lain. "(HR Ahmad no.24864)

Apabila beliau mengucapkan kalimat ini, beliau belum berkahwin dengan Maria al-Qibtiyah.

Anak-anak Rasulullah s.a.w

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, "Rasulullah mempunyai tiga orang putera; yang pertama Qasim, namanya menjadi kunyah Rasulullah (Abul Qashim). Qashim dilahirkan sebelum kenabian dan meninggal dunia ketika berusia 2 tahun. Yang kedua Abdullah, disebut juga Ath-Thayyib atau ath-Tahir kerana lahir selepas kenabian. Putera yang ketiga adalah Ibrahim, dilahirkan di Madinah tahun 8 H dan wafat ketika berusia 17 atau 18 bulan.

Adapun anak perempuannya berjumlah 4 orang; Zainab yang berkahwin dengan Abu al-Ash bin al-Rabi ', anak saudara Rasulullah dari jalur Khadijah, kemudian Fatimah berkahwin dengan Ali bin Abi Talib, lalu Ruqayyah dan Ummu Qultsum berkahwin dengan Uthman bin Affan.

Butirannya adalah sebagai berikut:

Puteri-puteri Rasulullah

Para ulama sepakat bahawa jumlah puteri Rasulullah ada 4 orang, semuanya terlahir dari rahim Ummul Mukminin Khadijah r.a.

Pertama, puteri pertama Rasulullah adalah Zainab binti Rasulullah.

Zainab r.a berkahwin dengan anak ibu saudaranya, Halah binti Khuwailid, yang bernama Abu al-Ash bin al-Rabi'. Pernikahan ini berlangsung sebelum sang ayah diangkat menjadi rasul. Zainab dan ketiga saudarinya masuk Islam sebagaimana ibunya Khadijah menerima Islam, akan tetapi sang suami, Abu al-Ash, tetap dalam agama jahiliyah. Hal ini menyebabkan Zainab tidak ikut hijrah ke Madinah bersama ayah dan saudari-saudarinya, kerana ikatannya dengan sang suami.

Beberapa lama kemudian, barulah Zainab hijrah dari Mekah ke Madinah menyelamatkan agamanya dan berjumpa dengan sang ayah tercinta, lalu menyusullah suaminya, Abu al-As. Abu al-Ash pun mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk agama mertua dan isterinya. Keluarga kecil yang bahagia ini pun bersatu kembali dalam Islam dan iman. Tidak lama kebahagiaan tersebut berlangsung, pada tahun 8 H, Zainab wafat meninggalkan Abu al-As dan puteri mereka Umamah.

Setelah itu, kadang-kadang Umamah diasuh oleh saudaranya, Rasulullah s.a.w . Sebagaimana dalam hadis disebutkan beliau menggendong cucunya, Umamah, ketika solat, apabila beliau sujud, beliau meletakkan Umamah dari gendongannya.

Kedua, Ruqayyah binti Rasulullah.

Ruqayyah r.a dinikahkan oleh Rasulullah dengan sahabat yang mulia Usman bin Affan r.a. Kedua-duanya turut serta berhijrah ke Habsyah ketika musyrikin Mekah sudah sangat keterlaluan dalam menyiksa dan menyakiti orang-orang yang beriman. Di Habsyah, pasangan yang mulia ini dianugerahi seorang putera yang dinamakan Abdullah.

Ruqayyah dan Usman juga turut serta dalam hijrah yang kedua dari Mekah menuju Madinah. Ketika tinggal di Madinah mereka dihadapkan dengan ujian wafatnya putera tunggal mereka yang sudah berusia 6 tahun.

Tidak lama kemudian, Ruqoyyah juga menderita sakit demam yang tinggi. Usman bin Affan setia merawat isterinya dan sentiasa mengawasi keadaannya. Pada masa itu bersamaan dengan terjadinya Perang Badar, atas permintaan Rasulullah untuk mejaga anak perempuannya, Usman pun tidak boleh turut serta dalam perang ini. Wafatlah ruqayyah bersamaan dengan kedatangan Zaid bin Haritsah yang mengkhabarkan kemenangan umat Islam di Badar.

Ketiga, Ummu Kultsum binti Rasulullah.

Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah menikahkan Usman dengan puterinya yang lain, Ummu Kultsum r.a. Oleh kerana itulah Usman dijuluki Dzu-nur’ain (pemilik dua cahaya) kerana menikahi dua puteri Rasulullah, sebuah keistimewaan yang tidak dimiliki sahabat lain.

Uthman dan Ummu Kultsum bersama-sama membina rumah tangga hingga wafatnya Ummu Kultsum pada bulan Sya'ban tahun 9 H. Kedua-duanya tidak dianugerahi putera ataupun puteri. Ummu Kultsum dikebumikan bersebelahan dengan saudarinya Ruqayyah r.a .

Keempat , Fatimah binti Rasulullah.

Fatimah r.a adalah puteri bungsu Rasulullah s.a.w . Ia dilahirkan lima tahun sebelum kenabian. Pada tahun kedua hijrah, Rasulullah menikahkannya dengan Ali bin Abi Thalib r.a. Pasangan ini dikurniakan putera pertama pada tahun ketiga hijriyah, dan anak tersebut dinamakan Hasan. Kemudian anak kedua lahir pada bulan Rajab satu tahun berikutnya, dan dinamakan Husein. Anak ketiga mereka, Zainab, dilahirkan pada tahun keempat hijriyah dan dua tahun berselang lahirlah puteri mereka Ummu Kultsum.

Fatimah adalah anak yang paling mirip dengan Rasulullah s.a.w dari gaya bicara dan gaya berjalannya. Apabila Fatimah datang ke rumah sang ayah, ayahnya selalu menyambutnya dengan menciumnya dan duduk bersamanya. Kecintaan Rasulullah terhadap Fatimah tergambar dalam sabdanya,

فاطمة بضعة منى -جزء مني- فمن أغضبها أغضبني "رواه البخاري

"Fatimah adalah bahagian dariku. Barangsiapa membuatnya marah, maka dia juga telah membuatku marah. "(HR. Bukhari)

Beliau juga bersabda,

أفضل نساء أهل الجنة خديجة بنت خويلد, وفاطمة بنت محمد, ومريم بنت عمران, وآسية بنت مزاحم امرأة فرعون "رواه الإمام أحمد

"Sebaik-baik wanita penduduk syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, Asiah bin Muzahim, isteri Firaun." (HR. Ahmad).

Satu-satunya anak Rasulullah yang hidup ketika beliau wafat adalah Fatimah, kemudian ia pula keluarga Rasulullah yang pertama yang menyusul beliau. Fatimah r.a wafat enam bulan setelah sang ayah tercinta meninggal dunia meninggalkan dunia. Ia meninggal dunia pada 2 Ramadhan tahun 11 H, dan dimakamkan di Baqi '.

Putera-putera Rasulullah

Pertama, al-Qashim bin Rasulullah. Rasulullah bergelaran dengan namanya, beliau dipanggil Abu al-Qashim (bapanya Qashim). Qashim lahir sebelum masa kenabian dan meninggal dunia ketika usia dua tahun.

Kedua, Abdullah bin Rasulullah. Abdullah dinamakan juga dengan ath-Thayyib atau ath-Thahir. Ia dilahirkan pada masa kenabian.

Ketiga, Ibrahim bin Rasulullah.

Ibrahim dilahirkan pada tahun 8 H di Kota Madinah. Dia adalah anak terakhir dari Rasulullah s.a.w , dilahirkan dari rahim Maria al-Qibthiyah r.a. Maria adalah seorang budak yang diberikan Muqauqis, penguasa Mesir, kepada Rasulullah. Lalu Maria mengucapkan syahadat dan dinikahi oleh Nabi s.a.w .

Usia Ibrahim tidak panjang, ia meninggal dunia pada tahun 10H ketika berusia 17 atau 18 bulan. Rasulullah sangat bersedih dengan pemergian anak kecilnya yang menjadi penyejuk hatinya ini. Ketika Ibrahim wafat, Rasulullah bersabda,

"إن العين تدمع, والقلب يحزن, ولا نقول إلا ما يرضى ربنا, وإنا بفراقك يا إبراهيم لمحزونون" رواه البخاري

"Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, namun kami tidak mengatakan sesuatu yang tidak diredhai Rab kami. Sesungguhnya kami bersedih dengan pemergianmu wahai Ibrahim. "(HR. Bukhari).

Kalau kita perhatikan perjalanan hidup Rasulullah bersama anak-anaknya, nescaya kita dapati pelajaran dan hikmah yang banyak. Allah Ta'ala mengurniakan beliau putera dan puteri yang merupakan tanda kesempurnaan beliau sebagai manusia. Namun Allah juga cuba beliau dengan mengambil satu per satu anaknya sebagaimana dahulu mengambil satu per satu orang tuanya tatkala beliau memerlukan mereka; ayah, ibu, datuk, dan bapa saudaranya. Hanya anaknya Fatimah yang meninggal dunia selepas Nabi Muhammad s.a.w .

Allah juga tidak memanjangkan usia putera-putera beliau, salah satu hikmahnya adalah agar orang-orang tidak mengkultuskan putera-puteranya atau mengangkatnya menjadi Nabi setelah beliau. Boleh kita lihat, cucu beliau Hasan dan Husein saja sudah membuat orang-orang yang lemah terfitnah. Mereka mengagungkan kedua-dua cucu beliau melebih yang sepatutnya, bagaimana kiranya kalau putera-putera beliau dipanjangkan usianya dan mempunyai keturunan? Tentu akan menimbulkan fitnah yang lebih besar.

Hikmah dari wafatnya putera dan puteri Nabi s.a.w juga sebagai teladan bagi orang-orang yang kehilangan salah satu putera atau puteri mereka. saat kehilangan anaknya, Nabi s.a.w bersabar dan tidak mengucapkan perkataan yang tidak diredhai Allah. Ketika seseorang kehilangan salah satu anaknya, maka Rasulullah telah kehilangan hampir semua anaknya.

Semoga selawat dan salam sentiasa tercurah kepada Nabi Muhammad dan keluarganya ..

Sumber: Islamweb.net

Seronok dapat baca kisah Nabi. Sebenarnya, memang kita jahil lagi ilmu tentang sirah Nabi. Kita akui sayang Nabi, tapi kita tak tahu pun kisah keluarganya. Dan jarang nak ambil tahu. Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu saya dan kita semua mengenai Nabi kita.

Catat Komen

3 Ulasan

  1. kisah yang menarik tapi jarang orang ambil tahu :)

    BalasPadam
  2. btl lah... tak banyak di ceritakan tentang anak Rasulullah kecuali Fatimah...

    tapi bila baca ntry nih teringat akak masa sekolah agama kt johor dulu... mmg ada cerita psl anak2 RAsulullah nih ngn secara teliti tp semakin tua kita semakin lupa...

    BalasPadam
  3. terima kasih mf berkongsi
    dpt tambah ilmu sblm tidur..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)