Hukum Memakai Pakaian Bercorak Binatang

Maria Firdz
25
Pelbagai fesyen dan corak mula muncul sekarang... Pernah ada orang tanya aku, hukum memakai tudung bercorakkan rama-rama... jadi... aku kongsikan ini jawapannya...
**************************************
Hukum Memakai Pakaian Bercorak Binatang
Sumber: google images
BOLEHKAH seseorang itu memakai baju mempunyai gambar binatang atau orang (sama ada kecil, besar, jelas atau tidak) ketika menunaikan solat. Segala pandangan yang ustaz berikan, saya sanjung tinggi untuk kebaikan bersama. Terima Kasih.

JAWAPAN: Soalan ini sebenarnya termasuk di dalam satu perbincangan besar berkaitan dengan gambar. Terdapat satu hadis yang sahih di mana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Para malaikat tidak masuk rumah yang ada gambar" (Hadis sahih riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 3224 dan juga al-Imam Muslim, No. 3938).

Berdasarkan hadis ini, sebahagian besar para ulama melarang daripada menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumah termasuklah menyimpan dan memakai baju yang mempunyai gambar binatang atau orang.

Melukis gambar makhluk yang bernyawa seperti serangga, binatang dan orang adalah dilarang. Jika kita minat melukis, maka lukislah gambar makhluk yang tidak bernyawa seperti bukit bukau, kereta, rumah dan lautan serta langit.

Marilah kita memerhatikan riwayat ini; Said bin Abi al-Hasan berkata, 'Saya berada di sisi Ibn Abbas di mana seorang lelaki telah bertanya kepadanya, 'Wahai Ibn Abbas, saya adalah seorang lelaki yang mencari makan dengan kemahiran tangan dalam melukis gambar-gambar ini.' Jawab Ibn Abbas, 'Saya hanya akan menjawab dengan apa yang saya dengar daripada Rasulullah SAW iaitu, "Sesiapa yang melukis gambar maka Allah Azza wa Jalla akan mengazabnya pada hari kiamat sehinggalah dia meniupkan roh dalam gambar itu, namun dia tidak akan dapat berbuat demikian." Kata Sa'id, 'Mendengar jawapan itu, Lelaki tersebut amat-amat marah dan mukanya bertukar kuning. Melihat keadaannya, Ibn Abbas berkata, "Tidak guna engkau ini, kalau engkau hendak lukis juga, maka hendaklah engkau lukis pokok dan apa sahaja yang tiada roh" (Riwayat al-Imam Ahmad, No. 3266. Al-Imam Ahmad Syakir berkata: Sanadnya Sahih).

Riwayat ini jelas membezakan antara gambar makhluk yang bernyawa dan gambar makhluk yang tidak bernyawa. Islam tidak mengongkong, sebaliknya Islam memberi garis panduan.

Dengan itu, timbul satu persoalan lain iaitu adakah sah solat orang yang melaksanakan solat dengan memakai pakaian sebegitu rupa? Jawapannya ialah, sekiranya dia belum mengetahui hukum larangan memakai baju yang mempunyai gambar makhluk yang bernyawa seperti binatang atau orang, maka dia tidak berdosa.

Sebaliknya, jika dia telah pun mengetahui bahawa hukum berpakaian begitu adalah haram, namun dia tetap bersolat dengan pakaian itu maka solatnya sah namun dia berdosa. Dia tidak perlu mengulangi solatnya itu. Namun dia berdosa kerana melanggar larangan yang terdapat di dalam hadis-hadis yang dinyatakan di atas.

Perlulah dijelaskan di sini bahawa, jika keadaan memerlukan dan mendesak, maka hukum haram ini bertukar menjadi harus dan dibenarkan. Contohnya ialah gambar kad pengenalan, gambar paspot, gambar penjenayah, gambar kad matrik pelajar dan pekerja, gambar aktiviti sebagai bukti dan sebagainya.

Semua ini dibenarkan kerana manusia amat memerlukannya. Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kita. [Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121209/re_11/]

Hadith yang diriwayatkan dari al-Bukhari dan Muslim, Saidatina Aisyah r.a membeli (النمرقة) kain tudung/sarung yang mana terdapat gambar di atasnya. Ketika mana Rasulullah s.a.w pulang baginda s.a.w amat terkejut dan terus berdiri di pintu rumah dan tidak masuk ke dalamnya. Pada wajah baginda s.a.w kelihatan isyarat yang menunjukkan baginda tidak menyukainya. Lantas Saidatina Aisyah r.a berkata: “Wahai Rasulullah aku memohon ampun kepada Allah dan apakah dosaku” Maka Rasulullah s.a.w bertanya: “Dari manakah kamu mendapat kain ini” Saidatina Aisyah r.a memberitahu yang dia membelinya untuk tujuan alas tempat duduk Rasulullah dan menyelimut baginda s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesungguhnya pemilik kain yang bergambar ini akan diazab pada hari kiamat dan maka dia diminta oleh Allah s.w.t untuk menghidupkan apa yang dicipta olehnya / lukiskan”.  Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabada: “Sesungguhnya Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya mempunyai gambar”
[Sumber: http://saipolbarin.blogspot.com/2010/10/hukum-pakaian-bergambar.html]

Berdasarkan huraian di atas dan juga rujukan buku Halal dan Haram dalam Islam pula, secara ringkasnya aku dapat simpulkan:
  • Secara umumnya, haram menyimpan gambar makhluk bernyawa tetapi harus menyimpan dan memakai pakaian bercorak pemandangan, tumbuh-tumbuhan, pepohon, lautan, gunung-ganang dan seumpamanya. 
  • Yang diharamkan secara jelas ialah gambar haiwan dan juga gambar manusia seperti gambar tokoh-tokoh pemimpin, gambar artis dan sebagainya.
  • Harus memakai dan menyimpan baju atau pakaian bercorak selain dari gambar haiwan dan makhluk bernyawa dan bergerak.
  • Bagi wanita, hukumnya pun sama... lebih baik elakkan, Haram dan berdosa solat berpakaian motif binatang, kena tukar dengan pakaian lain... 
Justeru, jelaskan... HARAM hukumnya memakaian pakaian yang ada motif haiwan. Elakkan membeli pakaian yang ada motif haiwan seperti motif rama-rama dan sebagainya... belilah pakaian yang ada corak-corak abstrak ataupun corak bunga.. Hati-hati membeli dan memilih, tambah-tambah sekarang ramai dok promosi kain pasang untuk buat baju raya... 


p/s: Boleh rujuk SINI <<http://qurandansunnah.wordpress.com/2010/03/21/larangan-pakaian-yang-bergambar-dalam-shalat/>>untuk penjelasan yang lebih jelas!

Catat Ulasan

25Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. terima kasih kongsikan info ni.. maknanya haramlah yer.. sbb baru ni ada tren baju t-shirt corak² harimau kan.. gambar harimau kumbang ... rama² pulak bnyk kat tudung dgn baju..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama_sama. Corak xpe, jgn rupa harimau betul aje...

      Padam
  2. alhamdulillah perkongsian yg bagus..sy dah tahu belajar dekat kelas agama yg dibuat kat pejabat..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak, alhamdullilah. perkongsian berguna. rasanya balik nanti nak belek almari. kot lah ada yang masih disimpan. boleh buang

    BalasPadam
  4. nice info, n baru tau kak maria.. emmm kene buang semua baju-baju yg ada muka org ngan binatang.. :)

    BalasPadam
  5. pencerahan yg bagus ni tq yer

    BalasPadam
  6. kalau corak badan harimau bintang mcm mana yer? tu bukan gambar binatang kan? hehe

    BalasPadam
  7. thanks for sharing. ada juga terfikir perkara ni.

    BalasPadam
  8. astaghfrullahhalazim. tapi bagaimana pula dgn album2 gambar yg disimpan? adakah perlu dibuang ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah... Sy akan kongsikan berkaitan ni juga nnt...

      Padam
  9. Salam..nk tau..kalau gambar kartun haiwan pon xblh pkai ke?? Contohnya baju langkawi..ada kartun burung helang

    BalasPadam
  10. Sye ade beli baju tp baju tu ade gambar kucing tp kepala je..adakah itu haram?

    BalasPadam
  11. Habis kalau gambar anime mcm detective conan ???

    BalasPadam
  12. Contohnya, saya pakai jaket bercorak gagak pergi ke masjid, ambil air wudhu, tapi saya tanggalkan Jaket saya sebab ada baju dalam saya pakai (tutup aurat dan labuh) kemudian solat. Berdosa ke?

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !