Hari Ibu : Anak Sulung Patut Dirai Hari Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


 Mulai semalam lagi dah ada yang mula zahirkan ucapan hari ibu... Hari-hari ibu... Tapi hari ni saja diabadikan sebagai hari ibu satu dunia sambut. Bahkan di Facebook dari semalam naik remindernya...

Apa hukum hari ibu?

HARI IBU DALAM ISLAM

Pendapat MF, tak salah nak rai sekadar beri ucapan dan hadiah.. Jangan kita sambut macam hari raya sudah la kan.. Sekadar jadikan hari ibu hari yang terlebih istimewa buat insan bergelar ibu. Macam kita sambut hari guru, hari jururawat dan sebagainya. Setiap hari memang ibu tetap ibu... Bukan hari ni je jadi ibu.. Tapi hari ni, hari istimewa untuk ibu... 

Bagi MF, hari ni adalah hari untuk para ibu meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang bergelar anak pertama atau anak sulung. Sebab apa,kerana kurniaan Allah memberikan kita anak pertama itulah lahirnya perkataan yang membolehkan kita digelar IBU/MAMA/UMMI/MOMMY dan boleh sambut hari ibu. 

Bagi yang belum bergelar ibu, hari ni adalah hari untuk kita meraikan ibu kita... Kerana jasa dan pengorbanan ibu tak kan dapat dibalas sampai syurga... 

Insha Allah.. Setiap wanita di dunia suatu hari dengan izin Allah akan bergelar ibu... Moga kita menjadi ibu yang terbaik dan sentiasa perbaiki diri untuk beri yang terbaik untuk anak-anak kita... 

Terima kasih buat ibu... Yang tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata... Cukuplah digambarkan harapan dan ucapan tu dalam setiap doa... 

Hayatilah... 


Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


~ SELAMAT HARI IBU ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. assalamualaikum.
    singgah jalan-jalan
    http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. aida & adik-beradik memang x celebrate langsung.
    wish pun x. kami rai kan emak tiap kali kami berkumpul :)
    but, yes, celebrate dgn mr.asben's family.
    bcoz mak mertua aida sgt nak diraikan.
    so bagi gembira kan dia, mr.asben 3 beradik every year akan celebrate.
    termasuk la semlm :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^