Doa Dalam Sujudku!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sujud.. Adalah salah satu rukun fi'li (perbuatan) yang paling dekat dengan Pencipta kita...

Bila dihayati...
Rasa tenang diseluruh urat sendi ...
Ringan kepala dan ringan badan...

Bila bersujud...
Nabi Muhammad S.a.w galakkan kita banyakkan doa di dalam sujud..

Selain doa mohon dijauhkan fitnah dajjal dan azab api neraka....
Jangan lupa amalkan juga doa ini di dalam setiap sujud kita...


1. Mintalah supaya hati kita ditetapkan di atas agamanya. Doa moga Allah tak palingkan iman dan hati kita dari nikmat keimanan kepada Allah dan minat Islam yang indah.

2. Mintalah supaya kita diberi taubat sebelum kita mati.. Dah mati tak guna dah nak taubat.

3. Mintalah supaya kita mati dalam keadaan baik.. 

Mintalah yang baik dan mintalah semoga hidayah Allah sentiasa bersama kita.. Allah tak tarik nikmat dan hidayah yang dianugerahkan oleh-Nya.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terima kasih berkongsi ilmu, Maria. Selalunya ada juga berdoa tapi tidak pula termasuk tiga yang ini. Aduhai...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^