div id='header-inner'>

Viral Kisah Masyarakat: Sukanya Anak Ini Bila Ibu Tirinya Bercerai Dengan Ayahnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pendedahan kisah masyarakat buatkan kita lebih rasa syukur... 
Jika sebelum ni kita merungut itu dan ini... 
Tapi disebalik semua itu ada ramai insan lain yang lebih dhaif, lebih susah tapi masih tersenyum bahagia... Tapi kita???

Begitulah yang berlaku baru-baru ini... 
Apabila seorang guru dari SMK Pekan dedahkan mengenai masalah pelajarnya yang susah... Pendedahan cikgu ini terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian Pendidikan Malaysia...  

Jom baca tulisan kisah benar cikgu Izz mengenai anak muridnya bernama Aanas... 

=============================

"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga. 

Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku. 

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum. 

"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum. 

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.

"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku. 

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde". 

"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya. 

"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku. 

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu

Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.
***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya. 

Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.

Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali. 

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.

Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya. 

Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.
***********************************

"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.

"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"

"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.

"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.

"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah. 

"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"

"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor. 

"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.

"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.

Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".

Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah! 

"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!

"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!
***********************************

Wahai Anak.
Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?

Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.

Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.

Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.

Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb. 

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakabar...

Anak..

Kita ini biar miskin harta
Jangan miskin akhlak

Biar kurang pandai
Jangan kurang ajar

Biar terlebih adab
Jangan terlebih biadab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa. 

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.

=================================

Kisah begini memang patut diceritakan selalu... Bukan apa..untuk kita muhasabah diri... Untuk kita sedar diri... Rezeki kita ada hak orang lain juga... 

Tapi sesungguhnya kisah ini menyentuh hati nitizen di Facebook... Ramai yang mula PM cikgu Izz untuk hulurkan bantuan... 

Apa yang MF kagum... Allah lahirkan anak ini untuk kita sama-sama muhasabah diri.. Betapa kuatnya hati dia... Kuatkan semangat dia... Kuatnya dia melawan segala noda... Kerana tak ramai pelajar sebaya dia bila dilanda ujian sebegini mampu teruskan hidup dan bersemangat untuk belajar seperti dia... 

Kebanyakan yang MF pernah jumpa.. Pelajar dari keluarga bermasalah turut bermasalah...  Tapi Allah berkuasa memelihara anak ini... Untuk kita semua sebenarnya... Untuk kita yang banyak sangat merungut..  Untuk kita yang mudah goyah imannya bila diuji Allah...  

Doa kami... Moga Allah pelihara anak ini... Tahniah buat cikgu izz kongsi kisah anak ini... Walaupun cikgu dicaci dan dihina..tapi sebenarnya dalam hati guru penuh pelbagai rasa... Bila diluahkan begini...sebenarnya ramai hati cikgu Malaysia yang mulia dan prihatin...  


Catat Komen

7 Ulasan

  1. salam , ada terbaca jugak kat FB kak, kita patut syukur dengan apa yang kita ada

    BalasPadam
  2. sedihnya baca..tp mmg masih wujud kisah "bawang putih bawang merah nie"

    BalasPadam
  3. amiin... semoga Allah terus memelihara pelajar tersebut....

    BalasPadam
  4. SEBAK BACA KISAH ANAK INI...GURU2 MMG BNYAK MENYIMPAN KISAH SUKADUKA MURID2 MRK.

    BalasPadam
  5. Allah...sedih sy membaca kisah anak ni...otomatik teringat dekat anak-anak di rumah...T_T

    BalasPadam
  6. aida ada baca kisah ni di fb.
    nape la wujud manusia yg x syg kan anak?
    nape la wujud manusia yg x pedulikan anak?
    namun Allah Maha Berkuasa, anak ni walaupun hidup derita, baik laku nya kan.
    tak la jadik ganas ke, memberontak ke...
    moga anak ni terus tabah...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)