GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

HUKUM MEMAKAI CINCIN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pakai cincin di jari.. MF suka je pakai cincin.. Sebelum kahwin suka beli cincin besi atau silver celup yang harganya tak sampai RM10 kat kedai aksesori atau pun kat pasar malam. Tapi lepas kahwin MF pakai cincin emas pemberian suami. 

Seperti yang sedia maklum... Setiap sesuatu yang kita lakukan mesti ada hukum hakamnya. Jadi, apa hukum pakai cincin. Jika merujuk kepada bab sirah Nabi S.a.w, Rasulullah memang pakai cincin... Namun, adakah memakai cincin itu sunnah yang dituntut oleh Nabi S.a.w??? 

Jadi, untuk rungkaikan persoalan ini... MF merujuk kepada perbahasan hukum oleh ustaz Idris Sulaiman serta beberapa hukum berdasarkan Nas dan dalil dari hadis-hadis sahih.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنه قَالَ: اتَّخَذَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم خَاتَمًا مِنْ ذَهَبٍ وَفِي رِوَايَةٍ: وَجَعَلَهُ فِي يَدِهِ الْيُمْنَى ثُمَّ أَلْقَاهُ ثُمَّ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ الْوَرق نُقِشَ فِيهِ: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَقَالَ: «لَا يَنْقُشَنَّ أَحَدٌ عَلَى نَقْشِ خَاتَمِي هَذَا» . وَكَانَ إِذَا لَبِسَهُ جَعَلَ فَصَّهُ مِمَّا يَلِي بَطْنَ كَفه.

Daripada Ibnu Omar r.a. dia berkata: “Nabi S.a.w telah memakai cincin daripada emas (dalam satu riwayat: Baginda memakainya di tangan kanannya) lalu Baginda melemparkannya dan memakai cincin daripada perak dengan ukiran: Muhammad Rasulullah. Dan Baginda bersabda: Jangan ada yang mengukir seperti ukiran cincinku ini. Ketika memakainya Baginda akan menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, walaupun ia sebahagian daripada Sunnah amalan Baginda, dalam masa yang sama harus diingat bahawa ia termasuk dalam kategori Sunnah Adat (السنة العادية) dan bukan Sunnah Ibadah (السنة التعبدية). Ini kerana Baginda tidak memakainya untuk tujuan ibadah dengan niat untuk mendapat pahala. Sebaliknya,Baginda memakainya untuk tujuan yang tertentu iaitu mengecop surat-surat  Baginda kepada ketua-ketua negara ketika itu.

Sebagaimana dalam riwayat Anas bin Malik r.a., “Bahawasanya tatkala Nabi s.a.w ingin mengutuskan surat kepada Raja Rom, Baginda dimaklumkan bahawa mereka tidak akan menerima kecuali surat-surat yang telah dicop. Maka Baginda pun memakai cincin yang dibuat daripada perak dan aku seolah-oleh melihatnya (ketika ini) dengan tertera pada kepala cincinnya ukiran Muhammad Rasulullah.” (Bukhari)

Maka Nabi s.a.w telah memakai cincin untuk keperluan Baginda sebagaimana Baginda memakai jubah, sarung, serban dan selipar yang kesemuanya termasuk dalam kategori Sunnah Adat dan bukan Sunnah Ibadah.

Maka berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w memakai cincin, para Ulama menyimpulkan bahawa hukum memakai cincin adalah harus.

JARI MANA NAK PAKAI CINCIN???

Sama ada bagi kaum lelaki mahupun wanita, dibolehkan bagi mereka memakai cincin pada jari manis, kelingking ataupun ibu jari. Adapun jari telunjuk dan tengah, keduanya adalah dilarang.

Hal dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Ali bin Abi Talib r.a., “Bahawasnya (Rasulullah) melarangku memakai cincin pada jari ini dan ini – seraya mengisyaratkan kepada jari telunjuk dan jari tengah.” (Sahih. Riwayat Al-Nasa’i)

SUNNAH PAKAI CINCIN PADA TANGAN KANAN ATAU KIRI

Para ulama` berselisih pendapat yang mana lebih utama dalam pemakaian cincin ini. Walaubagaimanapun telah ijmak para ulama` bahawa harus memakai cincin pada mana-mana tangan. Maka diharuskan (dibolehkan) memakai cincin sama ada di tangan kanan dan juga tangan kiri.

Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan.” ( Sahih Muslim).

Merujuk kepada hadis-hadis, terdapat hadis menceritakan Nabi memakai cincin di tangan kanannya dan ada juga hadis baginda memakainya di tangan kiri.

Rasulullah S.a.w juga memakai cincin di jari manis dan di jari kelingking tangan kiri Baginda S.a.w. Anas bin Malek menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w memakai cincinnya di jari ini (Anas menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).” (Riwayat Imam Muslim)

Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. berikut;

Anas bin Malek menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w memakai cincinnya di jari ini (lalu ditunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya).”(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad S.a.w menasihatkan Saidina Ali r.a. selepas dia berkahwin dengan anakanda kesayangan Baginda S.a.w (Siti Fatimah r.ha.) supaya Saidina Ali memakai cincin di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata: “Rasulullah S.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu).” (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

Bagi kaum wanita, harus memakai cincin pada mana-mana jari tanpa makruh. (Syarah Sahih Muslim, Tuhfah al-Ahwazi, “Aunul-Ma”bud)

Makruh untuk seseorang lelaki memakai cincin di jari hantu (tengah). Terdapat hadis melarang memakai cincin di jari telunjuk dan yang mengiringinya (jari tengah /jari hantu).

Ali bin Abi Talib menceritakan; “Rasulullah S.a.w telah menegahku dari memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya, sambil dia (Ali) menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.” (HR Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai)

Namun menurut ulama’; Larangan di dalam hadis di atas adalah larangan makruh, bukan larangan haram. (Syarah Sahih Muslim). Menurut kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut.


KEPALA CINCIN DILETAK PADA BAHAGIAN DALAM TELAPAK TANGAN

Sunnahnya adalah mengarahkan kepala cincin ke arah dalam telapak tangan sebagaimana dalam hadis riwayat Anas bin Malik r.a, “Bahawasanya Rasulullah s.a.w menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)

Ada kebaikannya juga letak kepala cincin di sebelah dalam... Untuk elakkan dari terluka kena anak dan sebagainya. Jika sebelum bersalin pun memang doktor suruh buka cincin... Ini sebab takut cincin tu terkena kulit bayi kita. Maklumlah kulit bayi kan lembut. Jadi ada kebaikannya.

Larangan Dalam Memakai Cincin

1. Dilarang memakai cincin daripada sumber dan bahan yang diharamkan seperti hasil riba’, curi dan tulang haiwan yang najis.

2. Diharamkan juga menggunakan batu permata yang berbentuk patung, haiwan, manusia dan bentuk alat sulit lelaki/perempuan.

3. Rasulullah S.a.w melarang golongan lelaki memakai cincin emas. Dalilnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.: “Dari Nabi s.a.w, Baginda melarang memakai cincin emas.” (Sahih Muslim No.3896)

“Rasulullah S.a.w melarang kami mengenakan pakaian dari sutera,memakai cincin emas dan minum dengan bekas yang biasa dipakai untuk minum arak.” (HR. An-Nasaa”i)

Nabi Muhammad S.a.w pernah sekali memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang lelaki memakai emas. Apabila diturunkan ayat itu maka Nabi s.a.w pun segera menanggalkannya dan para sahabat yang memakai cincin emas turut menanggalkan cincin masing-masing.

Daripada Ibnu Omar r.a. dia berkata: “Nabi S.a.w telah memakai cincin daripada emas (dalam satu riwayat: Baginda memakainya di tangan kanannya) lalu Baginda S.a.w melemparkannya dan memakai cincin daripada perak dengan ukiran: Muhammad Rasulullah. Dan Baginda S.a.w bersabda: “Jangan ada yang mengukir seperti ukiran cincinku ini. Ketika memakainya Baginda akan menjadikan kepala cincinnya pada bahagian dalam telapak tangannya.” (Bukhari dan Muslim)


Kesimpulannya:

Harus (dibolehkan) memakai cincin di jari manis atau kelingking tangan kanan atau kiri tetapi adalah disyorkan malah lebih afdal memakai cincin di jari kelingking tangan kiri. Rasulullah S.a.w juga tidak pernah pakai cincin di 2 jari iaitu pada jari telunjuk dan jari hantu. Jadi, keseluruhan nya dapat disimpulkan, hukum sebenar memakai cincin adalah harus. Ianya adalah sunnah adat, bukanlah sunnah ibadah. Jadi, kalau pakai tak  pakai takde masalah besar pun sebenarnya. Jadi, usah pertikaikan jika ada orang yang tak suka nak pakai cincin. Lagi pun sunnah yang dituntut kita buat dan amal dalam kehidupan ialah sunnah ibadah seperti solat sunat, puasa sunat, zikir dan istighfar yang memang Rasulullah S.a.w galakkan kita buat. 

Wallahua'lam... Semoga bermanfaat... 

Rujukan: sumber bacaan penulis dan rujukan hadis sahih.

4Ulasan

  1. kena letak batu belah dalam la nampak nya..tapi selalunya kalau letak belah dalam luka muka sendiri sebab kadang2 lap peluh kat muka , bercalar terus muka..hahah..sebab tu selalu alih batu bagi keluar..eheheh

    BalasPadam
  2. Tq...nice info..
    saya pun suka pkai cincin.tp lg suka yg belah rotan

    BalasPadam
  3. Hahhaa... zaman sekarang tak jumpa kot orang pakai cincin batu berlian depa sebelah dalam.

    Pernah tengok orang lelaki pakai cincin sampai kelima-lima jari eeiiii... over

    BalasPadam
  4. Ooo.. baru tau hukum dia.. Tapi saya memang tak pernah pakai cincin.. Takdak awek nak bagi hahahaha.. Gurau ja..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ