GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

AWAS! JANGAN TERTIPU: TIADA PRODUK BOLEH BANYAKKAN SUSU BADAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Kesedaran tentang penyusuan susu ibu terhadap bayi semakin baik di Malaysia...  Tak kira ibu bekerjaya atau suri rumahtangga... Berusaha untuk memberikan susu ibu...

Namun, semakin hari semakin digembar gemburkan pula dengan lambakkan produk banyakkan susu ibu... Dari pelbagai jenis dan cara makan hinggalah sampai macam gula-gula semata-mata nak banyakkan susu badan.

Sepatutnya... Info menyusuan yang lebih bukan lambakkan produk...

Sebab terus terang MF katakan... Sebenarnya... TIADA PRODUK BOLEH BANYAKKAN SUSU BADAN!!!!

Isu ni pernah dah MF utarakan di wall mf sendiri tahun 2014... Maknanya dua tahun lalu... Dan status MF mendapat banyak komen maklum balas serta perkongsian ilmu dan pengalaman dari rakan Facebook MF dalam penyusuan susu ibu...

Rakan-rakan boleh baca komen-komen mereka... Dan mereka ni semua otai dalam penyusuan susu ibu...







Nampak tak??? 
Asas menyusu badan ialah semangat ibu sendiri... Bagi ibu yang baru pertama kali nak menyusu badan... Janganlah ajar badan dengan produk sebegini...  

Tapi supplement untuk kesihatan ibu insya Allah akan turut mempengaruhi pengeluaran susu ibu yang banyak dan berkualiti... 

Supplement sebagai sokongan badan kita yang letih, kurang vitamin dan air... Tapi bukan untuk banyakkan susu badan. Tapi produk yang terkini ni MF tengok memang semata-mata nak banyakkan susu badan. Sila jangan terpengaruh dengan iklan dan testimonial seumpama itu... 

MF bukan nak sekat bisnes orang tapi... Sepatutnya peniaga dedahkan teknik dan ilmu penyusuan yang betul bukan semata-mata jual produk untuk banyakkan susu badan. 

Untuk jayakan susu badan perlukan niat, semangat,  usahadoa serta tawakal yang berterusan... 

Pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat juga boleh bantu stabilkan pengeluaran susu badan. 

Jadi, jangan bergantung kepada produk... Usaha dulu.. Sehabis mungkin... Dah habis iktiar barulah cari supplement sokongan untuk kesihatan dalaman dalama masa yang sama dapat banyakkan susu badan. 

Faham konsep asas penyusuan.. Insha Allah.. Sesi penyusuan akan berjaya hingga ke dua tahun...



5Ulasan

  1. betul sis... byk sgt produk yg ckp cam tu bg lariskan produk2... sy setuju... byk ke skit bergantung la pada Allah...

    BalasPadam
  2. betul tu yang penting ibu tu sendiri kena bersemangat nak susukan anak, masa pump susu tu set dlm minda susu kita banyak sambil2 tu berzikirlah

    BalasPadam
  3. insyaAllah akan bf baby nnti .
    tertanya tanya jgk lah mmg ade ke produk ransang susu ni
    sbb xpernah pengalaman so tak brani nk komen ape2
    tp bg MG spliment ni just penggalak smngt kita je
    mindset dh tukar susu byk if mkn spliment thats y susu pun byk :)



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

    BalasPadam
  4. yes..true..semuanya rezeki dari Allah..berlapang dadalah kita

    BalasPadam
  5. YG LEBIH PENTING ADALAH MINDSET

    EH APESAL SEMUA HURUF BESAR NI..HEHE..DAH TAIP BARU PERASAN

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ