GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Review: Minyak VERV-X Supplement Terbaik Untuk Enjin Kenderaan Anda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bagi yang pernah guna kereta pasti tahu la asas minyak pada kereta kan... Selain minyak petrol untuk bergerak, sesebuah kenderaan perlukan minyak enjin atau kita sebut minyak hitam dan juga minyak gear. 

Bab kereta ni, MF memang banyak belajar dari suami la.. Minat dia pada kereta tu masih tinggi.. Ada bagusnya juga, sebab dia tahu nak jaga, nak maintain. Susah nak kena tipu kalau pergi kedai. 

Kali ni, MF nak kongsi pengalaman kami guna minyak enjin yang terbaik setakat ni pernah kami guna. Dah tiga tahun guna, tak menyesal bahkan perkongsian ni untuk info rakan lain bab nak jaga enjin kereta supaya tahan lama. 

Enjin ni komponen penting dalam kenderaan bermotor, enjin rosak, poket kering oo... Jadi, kena pilih minyak enjin yang betul, baik dan berkualiti untuk pastikan enjin tahan lama dan tak bermasalah. Kiranya, enjin ni ibarat organ dalaman kenderaan. Kena bagi supplement terbaik untuk kesan jangka hayat yang lama. 

Pengalaman suami MF sejak mula guna kereta ni, macam-macam minyak enjin dia guna.. Biasanya kat bengkel kereta ada jenama Shell, Castrol dan pelbagai jenama lain.. Tapi tiga tahun lepas dia join Group Proton Perdana Club Malaysia (PPC) dan setiap ahli kelab diperkenalkan dengan minyak enjin jenama VERVX ni... Ni juga sebab minyak ni jadi penaja utama kebanyakan kelab kereta di Malaysia ni.. Jadi, setiap ahli ditawarkan jadi ahli dan cuba guna. 

Pertama kali kami guna tahun 2013 masa tu... selepas setahun kami beli Proton Perdana Second 2002. Biasa kereta kalau dah lebih 10 tahun ni, enjin mesti bising dan telan minyak orang kata... Tapi lepas kami guna minyak enjin VERV-X tu, memang berbeza habis... enjin senyap... bawa pergi bengkel, tauke bengkel tak percaya ni perdana keluaran 2002. Sebab enjin elok macam baru... Takde bunyi... dan takde gegar. 



Disebabkan prestasi yang tip top tu, kami beli pula masa nak tukar minyak hitam untuk Viva 660. Usia Viva tu pun dah jangkau 7 tahun masa tu. Viva tu lasak sikit penggunaanya, banyak travel jauh... Satu Malaysia dah pusing, maklumlah kereta pertama kami ada masa tu... Jadi, enjinnya bergegar sikit la kan... Tapi lepas guna minyak enjin tu buat pertama kali, serius enjin senyap. Dan paling best, bila tak enjin tak start lama... contoh masa kami balik kampung naik perdana, tinggal viva dua minggu di KL tak start... Balik semula KL, start enjin tak berbunyi, tak bising dan tak gegar enjinnya... 

Suami tanya juga, apa sifat minyak ni yang buatkan kesannya sebegitu.. Rakan-rakan yang terer bab enjin ni terangkan. Sifat minyak VERV-X ni ialah ia melekat pada enjin dan jaga enjin dari kering. Sebab tu, kalau tinggal kereta lama tanpa start pun, minyak ni tak mendak ke bawah... Dia melekat dan jaga enjin supaya tak kering. Lagipun, minyak ni, diproses menggunakan teknologi Jerman dan Jepun yang memang negara hebat bab pemotoran dan enjin.

Jadi, memang puas hati sangat guna minyak enjin ni.. Ni lah supplement terbaik untuk enjin kereta yang pernah kami guna. Harga minyak ni tak mahal mana pun... Tapi lebih untung jadi ahli. Bagi mana-mana yang join kelab kereta ada beberapa kelab memang guna minyak ni, sebab mereka ni jadi penaja kelab. Antara yang MF tahu, kelab Proton Perdana, kelab Viva Owners Club (VOC), kelab Alza dan beberapa kelab lain. Jadi, dah tiga tahun juga suami jadi ahli Minyak VERV-X ni... bukan untuk jual pun, untuk guna sendiri... sebab jadi ahli lagi murah harganya. 

Kelebihan jadi ahli juga, Harga murah, penghantaran percuma, ada konsultan persendirian, servis percuma dan ada barang free lagi... Memang untung la.. 

Ni MF kongsikan antara review dan testimonial bagi yang pernah guna minyak ni:


Info Mengenai VERN-X:

Verv X Malaysia merupakan satu platform automotif elit yang membolehkan pengguna untuk datang bersama-sama untuk keuntungan daripada pelbagai produk berkaitan automotif dan perkhidmatan dengan kualiti memastikan harga yang berpatutan. Perkataan Kata kerja berasal dari perkataan Latin "kata kerja" yang bermaksud tenaga dan semangat. The X bermaksud Exclusives. Kami menganggap semua ahli-ahli kami sebagai pelanggan yang sangat eksklusif.

Web: http://www.vervx.com
Facebook: https://www.facebook.com/vervxmalaysia/

VERV EXCLUSIVES MARKETING
E-08-02, CAPITAL 5, OASIS DAMANSARA,
JALAN PJU 1A/7A, ARA DAMANSARA,
PETALING JAYA, 47301, SELANGOR,
MALAYSIA.

+603-7832 2060
+603-7832 0060
ENQUIRY@VERVX.COM
1300-88-VERV (8378)




P/S: Info dan review ini berdasarkan pengalaman dan perkongsian ilmu... tanpa sebarang bayaran.

0Ulasan