بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Pernah buat tempahan cetak baju??? Pernah tahu, jenis cetakan yang digunakan??? Mungkin ada yang tak kisah, tapi mungkin ada yang tak tahu. Meh sini nak cerita.
PROSES
|
HEAT PRESS
|
SILK SCREEN
|
PENERANGAN
|
Cetak menggunakan mesin Heat Press macam seterika.
Bahan akan diprint, ditampal pada baju dan dipress untuk lekatkan gambar pada
baju. Material yang digunakan sama ada sticker vinyl atau kertas khas untuk
cetak baju jenis heat press.
Tidak memerlukan ruang yang besar dan banyak untuk mencetak baju jenis ini. |
Cetak menggunakan cat dan blok. Blok yang
mengandungi design tertentu akan dibina, seteruskan akan dicat satu persatu
pada baju.
Perlukan ruangan yang lebih besar. Kerana ada tapak cetakan yang khas. |
KUANTITI
|
Tiada had untuk cetak. Boleh cetak walaupun sehelai
baju.
|
Biasanya perlukan kuantiti yang banyak untuk
satu-satu tempahan. Ini kerana bahan yang digunakan perlukan disediakan dalam
kuantiti yang banyak. Biasanya tempahan minimum ialah 10 helai.
|
HARGA
|
Harga lebih mahal kerana bahan yang digunakan lebih
mahal.
Biasanya tidak dicaskan harga bagi setiap warna. Apa
sahaja warna atau lebih satu warna, harga untuk sehelai baju tetap sama.
|
Lagi banyak tempahan, lagi murah harganya.
Harga berlainan bagi tempahan design yang
menggunakan lebih satu warna.
|
TEMPOH TEMPAHAN
|
Memandangkan tempahan ini, tiada minimumnya, jadi
dalam masa yang singkat boleh siap. Satu hari atau setengah hari boleh siap
bergantung kepada kuantiti. Jadi, bagi yang nak guna cepat, tak salah bayar
lebih. Tempahan last minit pun biasanya kedai ambil lagi untuk cetakan
jenis ini.
|
Biasanya mengambil masa yang agak lama… Lebih satu
hari… Bergantung kepada design dan kuantiti.
Tiada tempahan last minit, sebab perlukan masa untuk
buat blok, cat dan keringkan. Paling kurang 1 atau 2 minggu bergantung kepada
jumlah tempahan.
|
DESIGN
|
Boleh sahaja cetak pelbagai design pada baju
berlainan.
Contoh: Nak letak nama yang berlainan pada setiap
baju setiap kali tempahan.
|
Boleh juga cetak pelbagai design, tapi sedikit rumit
dan makan masa. Biasanya, tempahan jenis ini satu design dalam kuantiti yang
banyak. Lebih jimat kos.
|
KUALITI
|
Bergantung kepada cara penghasilan. Jika bahan yang
digunakan, betul teknik cetakan, design pada baju lebih tahan lama.
Untuk lebih tahan lama, disarankan terbalikkan baju
semasa basuh baju dalam mesin.
|
Bergantung kepada cara penghasilan. Jika bahan yang
digunakan, betul teknik cetakan, design pada baju lebih tahan lama.
Untuk lebih tahan lama, disarankan terbalikkan baju
semasa basuh baju dalam mesin.
Lama-lama akan terkopek juga cat pada baju.
|
MF buat perbezaan ni, untuk jelaskan kenapa setiap baju tu mahal dan murah. Kadang design simple dan sama je tapi harga lain-lain. Inilah puncanya, jenis cetakan berbeza, hasilkan kualiti dan harga berbeza. kalau tengok baju tshirt kat kedai biasa, atau dijual di pasar malam, itu kebanyakan cetakan silk screen, sebab tu harga lebih murah kerana dicetak dalam kuantiti yang banyak.
Tapi untuk cetakan heat press, biasanya memang ditempah khas... Jarang orang jual di pasaran biasa kecuali majlis tertentu atau program khas tertentu dengan design dan kuantiti yang terhad. Harganya lebih mahal dari biasa.
Macam mana nak kenal??? Korang belek je gambar pada baju tu... Boleh tahu dah cetakan jenis mana, jika silk screen guna cat.. dan jika heat press guna sticker.
Jadi, dengan perbezaan ni, jelas la ye... booleh pilih nak cetak baju macam mana. Tapi setakat ni di Cetak Baju Ekspress, menggunakan cetakan jenis Heat Press 100% tapi dijamin harga termurah setakat ni ...dan paling rendah kami tawarkan ada RM15 sehelai. Tanpa minimum order.
Nak tahu lebih lanjut, boleh belek-belek page Cetak Baju Ekspress.
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ