GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa Nak Buat Kalau Jumpa Lalat Dalam Minuman atau Makanan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pernah tak tengah menikmati makanan di sebuah kedai makan, tetiba terjumpa lalat mati dalam hidangan kuah atau nasi yang kita tengah makan tu. Apa tindakan kita? Mesti komplen kat tuan kedai, report kata pengotor dan pelbagai lagi kan... Kemudian, pasti juga terfikir takut keracunan, sakit perut dan sebagainya selepas tu. Pengalaman MF pun pernah alami perkara yang sama juga... Tapi MF buang lalat dan teruskan makan... Tapi syaratnya, persekitaran kedai yang kita makan tu memang ternyata bersih dan kemas. 

Sebelum nak marahkan tuan kedai makan sebab ada lalat, meh sini baca sikit info pasal lalat. Ada disebut dalam hadis, jika terjumpa lalat dalam minuman atau makanan. 


Didalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim menerusi hadis Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : -

"Apabila ada lalat hinggap di bejana seseorang diantara kamu, benamkanlah ia . Sesungguhnya sebelah sayapnya mengandungi penyakit dan sayap yang lain mengandungi ubat dan penawarnya"
(Ditakhrij oleh Al-Bukhari namun tidak dikeluarkan oleh Muslim sebagaimana ditegaskan oleh Al-Hafiz dalam Al-Fath .Ditakhrij oleh Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad , Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Didalam kitab sunan Ibnu Majah dari Said bin Al Khudri diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sebelah sayap lalat itu adalah racun manakala sebelah sayap lainnya adalah ubat. Jika ia terjatuh dalam makanan, benamkanlah ia, sebab ia boleh menyuntik racun dan sekaligus boleh menyuntik ubat dan penawarnya" (Diriwayatkan pula oleh An-Nasa'i , Ahmad , Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Hadis ini mengandungi dua perkara : Pertama masalah fiqah dan kedua masalah perubatan.

Masalah fiqah dalam hadis ini merupakan dalil yang jelas bahawa apabila seekor lalat mati dalam air atau benda cair yang sejenis, tidaklah ia menyebabkan najis. Ia adalah pendapat majoriti ulama. Tidak ada seorang pun antara ulamak As-Salaf yang menolak hal itu.

Sumber dalilnya adalah bahawa Rasulullah saw menyuruh agar lalat itu dibenamkan , iaitu dimaksudkan dalam makanan atau air. Padahal sebagaimana yang kita tahu , dengan cara itu lalat akan mati terutama sekali apabila air panas. Jika kerana itu air menjadi najis, maka ia merupakan nas bahawa makanan atau minuman itu rosak, tetapi  ternyata Rasulullah saw memberi cara mengatasinya.

Hukum ini bahkan meliputi (iaitu bukan sahaja lalat malah mencakupi jenis binatang lain. Rujuk Zadul Ma'ad hal 99)  setiap haiwan yang tidak mengalir darahnya, seperti lebah,kumbang ,labah labah,dan seumpanya dikira tidak najis.

Perlu diketahui lalat itu menurut mereka adalah sebuah tenaga beracun ditunjukkan dengan pembengkakan dan rasa gatal sebab gigitannya seperti senjata. Jika terjerumus dalam sesuatu boleh menimbulkan bahaya, mesti diatasi dengan lawannya. Lalu Nabi SAW menyuruh agar tenaga lalat yang beracun itu dihadapi dengan senjata yang Allah ciptakan pada sebelah sayapnya yang lain. Kemudian lalat itu dibenamkan dalam makanan atau minuman agar zat beracun itu tawar dengan zat yang bermanfaat hingga hilangla bahayanya.

Formula perubatan ini tidak mampu diselami oleh ramai pakar perubatan moden sebab memang ianya adalah dari mukjizat kenabian.

PETUA LALAT:
Terdapat juga dikalangan pakar perubatan yang menyatakan bahawa gigitan kumbang atau kala jengking jika digosokkan pada tempat yang disengat dengan lalat juga akan bermanfaat sekali, sekurang kurangnya menimbulkan rasa tenang. Semua itu semata-mata kerana unsur ubat yang terdapat pada lalat. Bahkan jika lalat itu digosok-gosokkan di bengkak pada bintat selepas memotong kelapa lalat itu akan segera sembuh..insyaAllah.. [sumber]

KESIMPULAN:
Jadi, jangan panik jika nampak lalat masuk dalam hidangan. Lalat bukanlah pengotor melainkan jika jenis langau tu lain kira la kan... Tapi kalau lalat biasa tu, memang biasa la lalat terbang... makhluk tak berakal kan.. Jadi, nak salahkan tukang masak, kadang tak terperasan tengah masak lalat masuk... MF pun pilih juga, kalau persekitaran kedai tu bersih, restoran tertutup,tapi terjumpa lalat, maknany bukan salah tuan kedai, tapi salah lalat la.. siapa suruh dia terbang terjun masuk dalam lauk pauk tu kan... hehe...

2Ulasan

  1. Selama ini tak tahu pulak lalt itu ada racun dan penawarnya. Lepas ini kalau terjumpa nak selam lalat di dasar makanan seperti nasi lepas tu nak kunyah sampai hancur lalu ditelan. Agaknya boleh tlan ke MF?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ